Nutrilite Cal Mag D Plus | Amway Brunei

Nutrilite Cal Mag D Plus adalah suplemen kesihatan tulang kegunaan harian. Ia diperbuat dari tiga sumber nutrien semula jadi – kalsium, magnesium dan vitamin D – dan memasukkan kalsium sukar didapati dengan mudah untuk membina tulang yang kuat lagi sihat. Hidangan 3 tablet setiap hari memberikan 600mg kalsium, 250mg magnesium, 399.6IU vitamin D.

Dewasa yang sibuk lagi aktif yang memberi perhatian kepada tubuh mereka dan menghargai hidup yang aktif, tetapi tidak selalu makan secara betul atau mengambil kalsium yang cukup. Jika anda tidak mendapat kasium dietari yang cukup setiap hari, tubuh anda akan mencuri apa yang diperlukannya dari tulang anda. Ia melakukan ini untuk menyokong fungsi lain yang lebih penting seperti pengepaman jantung dan penguncupan otot anda. Kekurangan kalsium setiap hari sekarang akan meletakkan anda berisiko kepatahan atau keretakan di kemudian hari.

Kalsium, magnesium dan vitamin D dibekalkan dalam bentuk suplemen yang mudah untuk menyokong pembinaan dan pengekalan tulang yang kuat. Kajian pengamatan dan cubaan terkawal dengan kanak-kanak, dewasa muda, dan warga tua semuanya menyokong kepentingan dan peranan boleh diukur pengambilan kalsium dalam membina dan mengekalkan jisim tulang dan mengurangkan kehilangan tulang.

Pentadbiran Makanan dan Dadah AS telah mengakui bahawa kalsium dan vitamin D yang cukup sepanjang hayat, beserta aktiviti fizikal, boleh mengurangkan risiko osteoporosis di kemudian hari.

Kajian berbilang sejak bertahun-tahun telah menunjukkan kebanyakan orang tidak ambil cukup kalsium dalam diet mereka, dengan menambah kalsium boleh membantu mengekalkan kesihatan tulang. Bahan-bahan dalam produk ini telah menunjukkan betapa ia faktor penting dalam membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang. Pentadbiran Makanan dan Dadah AS telah memperakui bahawa kalsium dan vitamin D yang cukup sepanjang hayat, bersama-sama dengan aktiviti jasmani, boleh mengurangkan risiko osteoporosis di kemudian hari.

Jika anda tidak dapat cukup kalsium dalam diet, tubuh anda hanya mengambil apa yang diperlukannya dari tulang anda. Kekurangan kalsium pada hari ini akan membuatkan anda berisiko pada kemudian hari akibat kepatahan dan keretakan. Dan kerana kalsium sukar diperoleh, maka dihadirkan Nutrilite Cal Mag D Plus.

  • Membina tulang yang kuat dan sihat: Cal Mag D Plus meletakkan kalsium yang sukar diperoleh, namun mudah menyerap berada di dalam jangkauan.
  • Meningkatkan penyerapan kalsium dengan vitamin D: Dos harian (3 tablet) Cal Mag D Plus mempunyai lebih vitamin D berbanding 3 cawan susu yang diperkukuhkan.
  • Memasukkan nutrien yang disumber secara semula jadi: Rumpai laut terkapur adalah salah satu sumber botani alam kalsium dan magnesium yang paling pekat.

Ya, Nutrilite Cal Mag D Plus disahkan Kosher dand Halal.

Vitamin D yang terkandung dalam Nutrilite Cal Mag D Plus boleh merosot jika tidak dikendalikan dengan betul. Sepertimana nutrien yang lain, ia boleh terjejas akibat keadaan lembap dan pendedahan terhadap haba. Untuk kualiti terbaik, produk ini harus disimpan di tempat sejuk, kering dan dalam bekas bertutup yang asal.

Rumpai laut terkapur adalah bahan kaya nutrien, multimineral semula jadi yang terbit dari tumbuha laut dinamakan alga merah karang. Tumbuhan laut ini membiak dalam fjord Iceland di perairan lautan ganas. Ia menyebabkan sturktur kaya kalsium tumbuhan ini patah dan terenap di dasar bawah laut yang dalam di mana ia dituai daripada lantai laut tersebut. Kelestarian dijamin kerana tumbuhan hidup yang membiak di lantai laut tidak diganggu dan tidak diapa-apakan oleh proses pengumpulan.

Suplemen Nutrilite mengguna bahan-bahan berasaskan tumbuhan untuk memberikan nutrien utama. Rumpai laut terkapur adalah salah satu sumber botani kalsium paling pekat dari alam dan telah dipilih sebagai kalsium bersumber semula jadi yang sesuai.

Produk ini tidak mengandungi pekatan tumbuhan dari ladang Nutrilite. Bagaimanapun, ia memang mengandungi rumpai laut terkapur yang disahkan oleh Nutrilite menerusi program NutriCert. Program NutriCert memastikan bahawa persekitaran yang mampan dan amalan pertanian yang baik dipatuhi dalam pengeluaran bahan-bahan yang diguna dalam suplemen kami.

Ketiga-tiga bahan utama, kalsium, magnesium dan vitamin D3 adalah nutrien disumber semula jadi. Kalsium dalam formula datang dari dua sumber mudah menyerap: rumpai laut terkapur, yang merupakan multimineral semula jadi kaya nutrien disumberkan secara lestari dari lautan, dan kcalsium karbonat, sumber semula di yang dilombongkan dari bumi. Magnesium datang dari magnesium oksida yang terbit seca semula jadi dari air laut dan batu kapur. Vitamin D3 pula adalah nutrien bersumber semula di yang diekstrak dari lilin bulu (lanolin) bebiri.

Jika dos kalsium terlalu besar, bukan semuanya yang diserap. Kalsium tidak diserap akan tinggal di dalam usus dan boleh menyebabkan sembelit.

Tablet baru berbentuk bujur berbeza dari formula terdahulu, tablet bulat, rata dan besar. Tablet bulat, rata dan besar sukar ditelan bagi sebahagian besar pengguna. Saintis R&D merekacipta tablet baru secara khusus dengan mempertimbangkan pengambilan yang mudah.

Tiddak disyorkan tablet itu dikunyah. Tablet Nutrilite Cal Mag D Plus bukan dirumus khusus untuk dikunyah and, hasilnya, ia tidak dioptimumkan untuk rasa dan tekstur.

Nutrilite Cal Mag D Plus adalah tablet pembebasan segera. Ini kerana dos kecil kalsium, seperti 200mg yang berada dalam 1 tablet Cal Mag D Plus, digunakankan secara efisien oleh tubuh. Disebabkan tiada pembaziran, maka pembebasan berterusan adalah tidak perlu.

Sejak fomula terdahulu dibangunkan, kajian yang dijalankan oleh saintis di serata dunia menunjukkan keperluan suplemen vitamin D lebih besar yang diperlukan berbanding dahulu yang dipercayai mencukupi. Formula baru mengandungi lebih vitamin D berbanding 3 cawan susu diperkukuhkan – dos 399.6 IU setiap 3 tablet sehari. Vitamin D penting untuk tulang yang kuat kerana ia menggalakkan penyerapan kalsium dari usus.

Kajian pengambilan dietari di serata dunia secara konsisten menunjukkan pengambilan magnesium di bawah Elaun Harian Yang dalam banyak kumpulan usia, bererti ramai orang berisiko kekurangan magnesium.

Serum magnesium yang cukup adalah perlu untuk metabolisme kalsium kerana pembentukan kalkitriol (bentuk vitamin D3 yang aktif secara biologi) melibatkan tindakbalas enzim yang bergantung kepada magnesium. Kekurangan magnesium boleh menjejaskan tindakbalas ini, yang mungkin membawa kepada oenyerapan berkurangan kedua-dua kalsium dan magnesium.

Cal Mag D Plus adalah suplemen dietari kegunaan harian yang membantu anda meningkatkan pengambilan kalsium, magnesium, vitamin D – tiga nutrien penting dalam pembinaan tulang yang kuat dan sihat.

Ya, Nutrilite Cal Mag D Plus boleh diguna dalam gabungan dengan produk Nutrilite lain. Ini memberikan pengguna keanjalan untuk menyesuaikan regimen suplemen mereka bagi memenuhi keperluan gaya hidup. Kewaspadaan, bagaimanapun, harus diperhatikan ketika menggabungkan suplemen supaya had keselamatan tidak dilampaui.

Ia boleh diambil dengan Nutrilite DOUBLE X yang menyokong kesihatan keseluruhan dengan memberikan vitamin, mineral dan fitonutrien penting, menambah vitaliti kepada hidup seseorang dengan Nutrilite Glucosamine HCI yang menyokong kesihatan tulang dan sendi.

Nutrilite Cal Mag D Plus harus diambil sebagai 1 tablet, 3 kali sehari, sebaiknya dengan air dan dengan sajian. Tidak disyorkan dilampaui dos yang disyorkan seperti yang dijelaskan pada arahan penggunaan.

Sesetengah orang tidak mampu menyerap cukup kalsium dari kalsium karbonat ketika perut kosong walaupun mereka menyerapnya secara normal bila diambil dengan sajian. Mengapa ini berlaku tidak diketahui, walaupun peningkatan asid gastrik akibat didorong makanan seolah-seolah juga memainkan peranan. Ini dikenali sebagai kesan sajian dan boleh meningkatkan penyerapan kalsium dari suplemen sebanyak 25% berbanding pengambilan ketika perut kosong.

Terlalu banyak alkohol (lebih daripada dua minuman sehari) akan mengganggu penyerapan.

Masa terbaik untuk mengambil produk ini ialah dengan tiga sajian utama dalam sesuatu hari itu (1 tablet di setiap sajian).

Produk mengandungi vitamin D3. D3 datang dari sumber haiwan – lilin bulu dari bebiri – dan mungkin tidak sesuai untuk vegetarian dan vegan. Kanak-kanak di bawah 12 tahun, wanita hamil atau menyusui, atau sesiapa dengan penyakit harus meminta nasihat daripada doktor sebelum mengguna produk ini.

Produk disediakan untuk menelan (bukan dikunyah) dan disyorkan untuk individu 12 tahun ke atas. Nutrilite Chewable Calcium Magnesium disyorkan untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun.

Tidak, ia tidak mengandungi gluten, laktosa, fruktosa, perisa tiruan, pewarna tiruan, pengawet atau apa-apa pemanis tiruan.

Semua produk Nutrilite, yang dikelaskan sebagai makanan kesihatan dan dijual di Malaysia, adalah didaftar dengan Jabatan Kawalan Dadah dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan membawa nombor kelulusan KKM pada labelnya (contoh, MAL12345678).

Yakinlah bahawa AMWAY komited dalam mematuhi keperluan yang ditetapkan dan menghormati isu-isu keagamaan semua negara di mana kami memasarkan produk, terutamanya keperluan unik komuniti Muslim.

Kami memberi anda jaminan kami bahawa produk yang pada masa ini didapati melalui AMWAY (Malaysia) Sdn Bhd tidak mengandungi bahan-bahan yang berasal daripada sumber yang tidak Halal atau terbitannya.

Kami berbesar hati menyatakan bahawa produk-produk dengan nama jenama Nutrilite dalam rangkaian Pemakanan & Kesejahteraan yang dijual oleh AMWAY (Malaysia) Sdn Bhd adalah disahkan Halal oleh Majlis Makanan dan Pemakanan Islam Amerika (IFANCA). Pengilang kontrak AMWAY untuk produk-produk gel lembut Nutrilite, RP Scherer, juga mempunyai sijil Halal dari IFANCA.

Tambahan lagi, gelatin lembu yang diguna dalam produk gel lembut kami juga adalah disahkan Halal.

Ya, boleh.

Produk Nutrilite adalah satu-satunya jenama vitamin dan mineral global yang menanam, memetik dan memproses tumbuhan di ladang mereka sendiri yang disahkan organik. Dakwaan ini disahkan berdasarkan kajiselidik oleh Euromonitor International. Teknik perladangan organik adalah disahkan oleh badan-badan bebas seperti yang ditunjukkan di bawah:

Ladang Brazil
Pensijilan oleh IBD (Instituto Biodinamico), Brazil
Disahkan organik dan mematuhi standard IBD yang bersamaan dengan standard ECC2092/91 dan IFOAM .

Ladang El-Petacal, Mexico
Pensijilan oleh Oregon Tilth Certified Organic (OTCO), Kelas O (Ditanam Secara Organik).

Trout Lake, Missouri
Pensijilan oleh Jabatan Pertanian Washington - menurut Program Organik Nasional Tajuk 7CFR Bahagian 205.

Sembelit boleh berlaku disebabkan kurang serat atau kekurangan pengambilan air. Adalah penting untuk makan sekurang-kurang empat hingga lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap harian untuk memastikan pengambilan serat yang mencukupi. Anda boleh ambil Nutrilite Concentrated Fruits and Vegetables atau Nutri Fibre Blend, yang mengandungi kedua-dua serat larut dan tidak larut untuk menambah diet anda.


added to your ditto
1 item added to 3 DITTO lists
Create a new ditto schedule
Ditto name
order recipient
Search Contacts | (0)Total
Create a new ditto schedule
Go Back to Previous Screen
QUICKFIND:
NAME
TYPE
ID NUMBER
Andrew Allen
IBO
123124124124
Andrew Hackman
IBO
123124124124
Andrew Frisch
IBO
123124124124
SELECT CUSTOMERS/IBO:
NAME
TYPE
ID NUMBER
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
RECIPIENT LIST: (5)Total
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Status Inventori
Status inventori mungkin berubah pada masa pembayaran disebabkan turun naik waktu nyata.