Pekatan Serum Penegang Mata ARTISTRY YOUTH XTEND ULTRA | Amway Brunei

Koleksi penjagaan kulit ARTISTRY YOUTH XTEND ULTRA merawat kulit matang dengan menggunakan Kompleks Kaviar Merah yang eksklusif untuk penampilan muda, lebih sihat, berseri kemerah-merahan dan pejal serta tegang.

Jangka hayat produk yang belum dibuka ialah tiga tahun. Apabila produk dibuka, ia tahan selama 12 bulan selepas dibuka.

Ujian klinikal pihak ketiga telah dijalankan untuk menyokong kesemua dakwaan keselamatan dan keberkesanan.

Wanita yang berminat untuk penampilan yang lebih pejal dan tegang dengan seri kemerah-merahan yang nampak muda dan sihat. Koleksi ARTISTRY YOUTH XTEND ULTRA disasarkan kepada wanita berumur awal 40-an dan ke atas.

Produk ARTISTRY YOUTH XTEND ULTRA mengandungi bahan berasaskan semula jadi, antaranya mungkin mempunyai kecenderungan untuk menjadi gelap sedikit lama-kelamaan. Tanpa mengambil kira perubahan warna, keberkesanannya kekal sama.

Rumusan berwarna sedikit untuk mengingatkan pengguna tentang Kompleks Kaviar Merah yang berharga di dalam rumusan. Adalah normal bagi produk berubah menjadi lebih cerah apabila terdedah kepada cahaya.

Kadar jangkaan penggunaan bagi Pekatan Serum Mata Penegang, Pekatan Esen Penegang dan Krim Penegang ialah lebih kurang enam hingga lapan minggu. Kadar penggunaan adalah berdasarkan penggunaan pagi dan malam setiap hari.

Satu-satunya produk yang direka untuk digunakan di kawasan mata ialah Pekatan Serum Mata Penegang. Jangan gunakan produk terus pada mata menggunakan penitis. Sebaliknya, tekan butang untuk mendispens satu titik yang berharga ini ke atas jari manis anda. Ratakan dengan lembut di bawah mata dan sekeliling tulang orbit, elakkan daripada terkena mata.

Untuk hasil yang terbaik, disyorkan agar krim mata ARTSTIRY disapu selepas pemakaian serum untuk mata kelihatan lebih muda. Pekatan Serum Mata Penegang dirumus untuk digunakan bersama-sama krim mata ARTISTRY seperti Krim Mata Memperkaya ARTISTRY YOUTH XTEND.

  • Membersih: Busa Pembersih Mewah ARTISTRY YOUTH XTEND
  • Menyegar: Losyen Pelembut ARTISTRY YOUTH XTEND
  • Rawat: Pekatan Serum Mata Penegang ARTISTRY YOUTH XTRA ULTRA, Pekatan Esen Penegang ARTISTRY YOUTH XTEND ULTRA
  • Melembap: Krim Mata Memperkaya ARTISTRY YOUTH XTEND, Krim Penegang ARTISTRY YOUTH XTEND ULTRA.
  • Menyempurna : Bedak Asas Pelicin Menegang ARTISTRY YOUTH XTEND

Koleksi ARTISTRY YOUTH XTEND ULTRA adalah serasi dari segi estetik dengan semua produk penjagaan kulit ARTISTRY termasuk rangkaian produk Penjagaan Kulit Intensif ARTISTRY.

Ini adalah ciri khas, memudahkan ketika melancong. Muncung hendaklah dipusing satu per lapan pusingan melawan arah jam untuk membuka dan membolehkan produk diserakkan. Muncung boleh di kunci semula dengan pusingan satu per lapan mengikut arah jam.

Teknologi bahan yang ditampilkan ialah Kompleks Kaviar Merah yang mengandungi pelbagai bahan termasuk Kaviar Merah, Buah Silvervine, Evening Primrose, Aserola Hijau, Tapai Teh Hitam, Ragi, Peptida Mikro-X 6, Ekstrak Timun, Ekstrak Barli, Ekstrak Biji Bunga Matahari, Allantoin, Akar Withania Summifera dan Winter Cherry.

Haruman yang direka secara eksklusif untuk YOUTH XTEND ULTRA mengandungi Bunga Melur, Magnolia, Teh Hijau, Sitrus dan Kayu Sedar.

Eksklusif kepada produk ARTISTRY, peptida sepanjang enam asid amino ini membantu membaiki kerosakan kulit yang jelas, melega dan mengurangkan kehadiran garis halus dan kedutan. Bahan tersebut wujud dalam rumusan ARTISTRY YOUTH XTEND dan ARTISTRY YOUTH XTEND ULTRA.

Ekstrak Buah Silvervine dan Winter Cherry digunakan di dalam semua rangkaian untuk membantu dalam memperbaiki kejernihan kulit untuk seri kemerah-merahan yang sihat. Campuran bahan Penegang Mikro - Sunflower Seedcake, Barli dan Ekstrak Timun membantu memberikan pelapik dan penyebaran lipid yang lebih muda dalam struktur mikro permukaan kulit untuk kontur wajah yang lebih pejal dan lebih menyerlah.

Tidak. Pada siang hari, adalah disyorkan memakai pelindung matahari SPF atau lebih tinggi selepas pelembap anda untuk membantu melindungi kulit daripada bahaya sinaran UV yang boleh mempercepatkan penuaan kulit.

Haruman yang direka secara eksklusif untuk ARTISTRY YOUTH XTEND ULTRA adalah haruman lembut dan variasi anggun ARTISTRY YOUTH XTEND. Aroma bunga mawar diserlahkan dengan dua nada utama, kayu sedar dan teh hijau, memberikannya lebih aura klasik untuk menarik pelanggan yang lebih anggun.

Semua produk ARTISTRY YOUTH XTEND ULTRA mengandungi bahan yang dihasilkan daripada soya pada tahap yang rendah. Setiap bahan telah melalui penilaian keselamatan yang teliti.

Produk ARTISTRY YOUTH XTEND ULTRA tidak mengandungi sebarang bahan gandum. Tetapi ia mengandungi bahan terbitan Oat dan ekstrak Barli, maka kami tidak menyifatkan produk ini sebagai tanpa gluten.

Bahan diluluskan NUTRILITE berikut telah dimasukkan dalam rumusan ARTISTRY YOUTH XTEND ULTRA : Ceri Aserola Hijau. Ekstrak ini memberikan perlindungan antioksidan terhadap tekanan alam sekitar.

Hasilnya adalah individu dan bergantung kepada banyak faktor seperti umur dan keadaan kulit. Kajian klinikal pihak ketiga telah dilaksanakan ke atas wanita yang menggunakan ARTISTRY YOUTH XTEND ULTRA selama 12 minggu, keputusannya adalah seperti berikut:

  • Selepas hanya 1 penggunaan, 94% wanita mengalami peningkatan dalam kelicinan* yang diukur secara klinikal.
  • Dalam 2 minggu, 87% wanita kelihatan lebih muda berseri.**
  • Dalam 4 minggu, 89% wanita melihat peningkatan dalam kegebuan kulit.**
  • Dalam 8 minggu, 97% wanita mengalami pengurangan kekuningan dalam kulit disebabkan penuaan.*
  • Dalam 12 minggu, 80% wanita melihat wajah kelihatan tegang.**

    *Bersama Pekatan Esen Penegang dan Krim Penegang.
    **Bersama Pekatan Esen Penegang, Krim Penegang dan Pekatan Serum Mata Penegang.

Faedah utama ARTISTRY YOUTH XTEND ULTRA termasuk kulit kelihatan lebih pejal, lebih tegang, sihat, seri kemerah-merahan yang sihat.

Semua produk ARTISTRY YOUTH XTEND ULTRA telah diuji dengan teliti ke atas kumpulan individu yang mewakili semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif. Tiada sebarang bukti gerak balas alahan atau kerengsaan kulit yang ekstrem. Walau bagaimanapun, kami mengiktiraf bahawa tiada program ujian yang dapat memastikan yang tiada sesiapa pun akan mengalami sedikit tindak balas. Tiada produk penjagaan kulit yang dijamin 100% tidak merengsakan kepada semua orang.

Pada umumnya, kami tidak mengesyorkan penggunaan sebarang produk kosmetik selepas selaran matahari yang "teruk" atau sebarang rawatan yang menyebabkan keradangan ekstrem. Produk ini hanya boleh digunakan selepas keradangan reda. Untuk penggunaan selepas rawatan pengupasan kimia atau laser, seseorang itu perlu mendapatkan nasihat doktor.

Tiada produk ARTISTRY lain yang perlu dielakkan semasa menggunakan koleksi ARTISTRY YOUTH XTEND ULTRA. Produk ARTISTRY YOUTH XTEND ULTRA dirumuskan agar serasi dengan semua produk penjagaan kulit ARTISTRY lain.

Tiada produk penjagaan kulit yang dijamin 100% tanpa kerengsaan untuk semua orang. Semua produk ARTISTRY YOUTH XTEND ULTRA diuji dengan teliti untuk keserasian dan keselamatan kulit, tetapi akan terdapat segelintir orang yang sensitif kepada bahan tertentu. Jika tidak, produk dianggap selamat. Sama seperti sesetengah orang yang alah kepada haiwan peliharaan atau debu, manakala ada pula yang alah kepada bahan kosmetik biasa. Sudah tentu, kita berhati-hati untuk tidak menggunakan sebarang bahan yang diketahui boleh menyebabkan tindak balas alahan. Harus diingat bahawa produk ARTISTRY YOUTH XTEND ULTRA mengandungi banyak bahan yang sangat berkesan dan mujarab agar dapat memberikan faedah antipenuaan yang terbaik. Pengguna hendaklah menghentikan penggunaan jika berlaku kemerahan atau sensasi menjadi semakin teruk.

Produk ARTISTRY YOUTH XTEND ULTRA tidak diuji ke atas haiwan. Kami menjalankan ujian klinikal dan pengguna dengan sukarelawan manusia.

5 bintang
0
4 bintang
0
3 bintang
0
2 bintang
0
1 bintang
0
    {{ review.headline }}

    oleh {{ review.alias }} pada
    oleh Tanpa Nama pada
     {{ review.date | formatDate('MM/DD/YYYY') }}

    {{ review.comment }}

    Tulis Ulasan

    Ulasan Anda

    {{product.name}}

    Penarafan Keseluruhan
    {{ review.message.rating.message }}
    Ulas Tajuk Utama
    {{ review.message.headline.message }}
    Komen
    {{ review.message.comment.message }}
    Terima kasih!

    Terima kasih atas Ulasan anda.

    added to your ditto
    1 item added to 3 DITTO lists
    Create a new ditto schedule
    Ditto name
    order recipient
    Search Contacts | (0)Total
    Create a new ditto schedule
    Go Back to Previous Screen
    QUICKFIND:
    NAME
    TYPE
    ID NUMBER
    Andrew Allen
    IBO
    123124124124
    Andrew Hackman
    IBO
    123124124124
    Andrew Frisch
    IBO
    123124124124
    SELECT CUSTOMERS/IBO:
    NAME
    TYPE
    ID NUMBER
    IBO
    1231241241
    IBO
    1231241241
    IBO
    1231241241
    IBO
    1231241241
    IBO
    1231241241
    IBO
    1231241241
    IBO
    1231241241
    RECIPIENT LIST: (5)Total
    Aaron Ackerman
    Aaron Ackerman
    Aaron Ackerman
    Aaron Ackerman
    Aaron Ackerman
    Aaron Ackerman
    Status Inventori
    Status inventori mungkin berubah pada masa pembayaran disebabkan turun naik waktu nyata.