PEMULANGAN DAN BAYARAN BALIK

Amway Promise


AMWAYPROMISE ialah platform komunikasi perlindungan pengguna global kami. Matlamat kami adalah untuk memberikan perkhidmatan pelanggan dan perlindungan pengguna yang paling menyeluruh dalam industri jualan langsung.

Industri jualan langsung dikawal sendiri oleh Kod Etika yang digariskan oleh Persekutuan Persatuan Jualan Langsung Dunia (WFDSA) yang menyatakan bahawa syarikat jualan langsung dan penjual bebas tidak boleh menggunakan amalan jualan yang mengelirukan atau tidak adil.

Kebanyakan negara juga mempunyai kod etika Persatuan Jualan Langsung sendiri yang disesuaikan dengan Kod WFDSA di bawah undang-undang dan peraturan yang berkenaan. Amway mematuhi kod ini melalui perlindungan penggunanya dan disepadukan oleh AMWAYPROMISE di bawah tonggak berikut:

Peluang Berkos Rendah dan Berisiko Rendah
Menjanjikan syarat pembelian sifar dan yuran pendaftaran minimum bagi pemilik perniagaan baru.
Kami percaya bahawa semua orang berhak mendapat peluang untuk maju ke hadapan. Oleh itu, kami berjanji untuk sentiasa menyediakan peluang yang berkos dan berisiko rendah.
Program Waranti
Ketenangan fikiran dengan produk Amway.
Kami yakin dengan kualiti produk tahan lama yang kami tawarkan. Malah kami menyediakan pelbagai perkhidmatan inovatif, pembaikan dan program waranti yang membolehkan anda menangani sebarang masalah yang dihadapi dengan mudah jika produk anda bermasalah.
Perkhidmatan Pelanggan
Sokongan yang anda boleh harapkan.
Kami tahu bahawa anda pasti mempunyai soalan untuk diajukan dan kami ada jawapannya. Untuk ABO dan pengguna, Amway komited untuk menyediakan perkhidmatan terbaik sama ada secara bersemuka, melalui telefon atau dalam talian.
Hak untuk Mengetahui
Pengetahuan adalah kekuasaan.
Kami berjanji untuk menyampaikan dengan jelas dan memudahkan semua maklumat untuk diakses yang berkaitan perlindungan pelanggan di atas serta polisi Beli Balik Inventori dan Tempoh Bertenang.
Jaminan Kepuasan 100% selama 90 hari*
Membantu memastikan kepuasan dengan produk atau peluang kami.
Sekiranya anda mendapati produk yang anda beli dan guna itu tidak memuaskan, anda boleh memulangkan produk berkenaan dalam masa 90 hari dari tarikh pembelian. Anda akan ditawarkan pilihan untuk memulangkan produk itu tanpa caj, menerima kredit penuh bagi produk yang dipulangkan untuk pembelian produk jenama Amway yang lain, atau menerima bayaran balik bagi harga pembelian penuh. Kandungan produk hendaklah sekurang-kurangnya 80% penuh untuk layak dipulangkan.

Jaminan ini tidak terpakai kepada:

Produk yang sengaja dirosakkan atau disalahgunakan.
Produk tahan lama Amway (Barangan Berharga Tinggi) seperti Sistem Rawatan Air eSpring, Penulen Udara Atmosphere SKY & Mini dan Atmosphere DRIVE yang dilindungi oleh waranti pengilang yang berasingan.
Barangan Katalog Personal Shoppers & produk XS, premium, BSA, alat bantu jualan, edisi khas, barangan bermusim, produk yang NLA atau tamat tempoh.
Pemulangan produk Amway yang dibeli daripada penjual yang tidak sah (platform dalam talian atau kedai runcit) tidak akan diterima. Ia tidak akan dilindungi oleh Jaminan Kepuasan Amway atau waranti. Amway tidak akan menjamin keaslian, kualiti produk atau menerima aduan mengenai masalah berkaitan produk.


*Kemas kini tersebut berkuat kuasa mulai 1 Jun 2021.


Pemulangan Produk

Pemulangan Produk yang Belum Digunakan dan Belum Dibuka

Amway menerima pemulangan produk yang belum digunakan daripada ABO/APC di bawah kriteria berikut:

Produk mesti dalam bungkusan asal, belum digunakan/dibuka dan dalam keadaan boleh dijual.
Produk mesti dipulangkan dalam masa 7 hari kalendar dari tarikh pembelian/penerimaan.

Pemulangan di bawah Pengurangan Stok

Amway menerima pemulangan barangan BV semasa dan dalam keadaan boleh dijual daripada ABO di bawah kriteria berikut:

Produk mesti dalam bungkusan asal, belum digunakan/dibuka dan dalam keadaan baik yang boleh dijual.
Pembelian produk mesti dalam masa 180 hari kalendar (6 bulan) dari tarikh pembelian.

Pemulangan Disebabkan Kerosakan (Penghantaran)

Amway menerima pemulangan produk yang rosak dan/atau kekurangan produk daripada ABO/APC apabila menerima kiriman (penghantaran) di bawah kriteria di bawah:

ABO/APC mesti melaporkan produk yang rosak dan/atau kekurangan produk apabila menerima kiriman (penghantaran) dalam masa 7 hari dari tarikh diterima.

Pemulangan Disebabkan Berhenti

ABO yang memutuskan untuk berhenti daripada perniagaan Amway perlu mengemukakan penamatan keahliannya melalui www.amway.my/www.amway.com.bn. Borang pemulangan stok mesti dilengkapkan jika terdapat sebarang stok boleh dijual untuk dipulangkan. Amway tidak menerima pemulangan alat bantu jualan, barangan Tanpa BV, premium promosi, produk Katalog Personal Shoppers, Minuman Tenaga XS dan barangan jangka hayat terhad/bermusim/perayaan. Prasyarat untuk pemulangan berkenaan hendaklah mengikut polisi Pengurangan Stok.

Amway menerima pemulangan produk disebabkan penamatan keahlian ABO di bawah kriteria berikut:

Produk hendaklah dibeli oleh ABO yang berhenti dalam tempoh enam bulan dan mesti dalam bungkusan asal, belum digunakan/dibuka dan dalam keadaan baik yang boleh dijual.
Jika pemulangan melibatkan produk Tahan Lama yang lama (iaitu Penulen Udara Atmosphere) yang telah dihentikan pengeluarannya, pembelian hendaklah tidak melebihi 180 hari kalendar dari pengumuman NLA.


Prosedur Pemulangan Produk

Untuk memudahkan proses pemulangan, ABO/APC mesti menyediakan maklumat berikut semasa melengkapkan Borang Pemulangan Barangan SA112 dan kembalikan borang tersebut berserta produk kepada Amway untuk pemprosesan lanjut:

Sebab pemulangan.
Nama produk dan kuantiti.
Invois asal/nombor pesanan.
Nama dan alamat pelanggan.
Orang yang memulangkan bagi pihak ABO/APC mesti berada dalam Barisan Penajaan yang sama.
Tiada ansuran EPP tertunggak bagi produk.


Bayaran Balik melalui Baucar Kredit atau Pindahan Bank

Semua pemulangan stok (kecuali produk Jaminan Kepuasan, pemulangan produk yang belum digunakan dalam masa 7 hari dari tarikh pembelian dan Kerosakan Penghantaran), bayaran balik akan dibuat berdasarkan harga asal ditolak 5% caj pengendalian dan caj lain-lain yang berkenaan.

Pelarasan PV/BV akan ditunjukkan dalam akaun ABO atau APC tajaan ABO atasan. Sebarang pemulangan boleh dibayar balik dalam bentuk Baucar Kredit Amway atau pindahan bank dengan maklumat akaun diberikan.

Baucar Kredit berfungsi seperti berikut:

Jumlah bayaran balik akan berdasarkan harga asal ditolak 5% caj pengendalian dan caj lain-lain yang berkenaan
Baucar Kredit bukan sebahagian daripada nilai PV/BV anda. Semasa pembelian anda yang seterusnya, Baucar Kredit boleh dianggap sebagai pilihan pembayaran, sementara angka PV/BV akan ditolak dan digunakan sewajarnya.
Apabila APC memulangkan untuk baucar kredit atau bayaran balik, penolakan PV/BV akan dikenakan kepada ABO atasan penaja APC.


Contoh::

1. Mary membeli Produk A Amway bernilai RM100.00 dengan PV:25 dan BV:100. Beberapa hari kemudian, dia memulangkan produk itu di bawah polisi Jaminan Kepuasan.
2. Semasa pemulangan ini, dia mendapat nilai Baucar Kredit sebanyak RM100.00. Manakala untuk PV dan BV, ia akan ditunjuk sebagai (PV:25) dan (BV:100).
3. Semasa pembelian yang seterusnya iaitu Produk Amway B yang berharga RM80.00, Baucar Kredit Mary boleh digunakan sebagai pilihan pembayaran. Angka PV dan BV Mary akan ditolak dengan sewajarnya.

Pemulangan Produk A Pembelian Produk B
Harga: RM80.00
PV:20 BV:80
Baki Mary
Baucar Kredit (CV) +RM100.00 -RM80.00 RM20.00
PV -25 +20 -5
PV -100 +80 -20


*Baucar Kredit mesti ditebus dalam masa setahun dari tarikh pengeluaran baucar.


Amway berhak untuk meluluskan atau menolak pemulangan mengikut polisi pemulangan semasa. Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat, anda boleh merujuk kepada Talian Khidmat Pelanggan.

Pemulangan berdasarkan reaksi yang diperoleh daripada penggunaan produk dikendalikan berdasarkan kes demi kes. Kedua-dua produk Nutrilite dan XS akan dikeluarkan dari rak selepas 3 bulan atau 6 bulan kerana keselamatan dan kesejahteraan ABO kami adalah keutamaan kami. Semua produk Amway yang dijual di Malaysia dan Brunei Darussalam tidak mengandungi plasenta, khinzir atau bahan terbitannya. Produk sebenar mungkin sedikit berbeza daripada produk yang ditunjuk dalam Katalog Produk Amway disebabkan proses pengeluaran cetakan.