Tentang Amway

Lembaga Pengarah

LCL_AA_AL_NINED5_IMG_TanSriFaizah.jpg

Tan Sri Faizah Binti Mohd Tahir (Tan Sri Faizah), warganegara Malaysia, telah dilantik sebagai Pengarah Amway (Malaysia) Holdings Berhad (“AMHB”) pada 8 Mei 2014. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi AMHB pada 29 Mei 2019 dan juga merupakan Pengarah Kanan Bebas AMHB. Beliau juga berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Audit and Jawatankuasa Saraan.

Beliau lulus dengan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Sastera (Ekonomi Pembangunan) dari Williams College, Amerika Syarikat.

Tan Sri Faizah merupakan Pengerusi OrphanCare Foundation dan Yayasan Sejahtera serta menganggotai Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara Malaysia dan Temasek Foundation International (dahulunya dikenali sebagai Temasek Foundation), Singapura.

Beliau menyertai Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri pada 1973 dan berkhidmat di Bahagian Pertanian, Pengedaran dan Sumber Manusia dalam pelbagai jawatan. Jawatan terakhir beliau di EPU ialah sebagai Pengarah, Bahagian Perdagangan dan Industri sebelum beliau dinaikkan pangkat menjadi Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, yang beliau pegang dari 2001 sehingga persaraan beliau pada 2009.

LCL_AA_AL_NINEMIKE_IMG_1.jpg

Michael Jonathan Duong (Encik Mike Duong), warganegara Amerika telah dilantik sebagai Pengarah Amway (Malaysia) Holdings Berhad pada 1 Januari 2017. Beliau juga dilantik sebagai Pengarah Amway (Malaysia) Sdn. Bhd. ("AMSB") dan Amway (B) Sdn. Bhd. ("ABSB") pada 1 Januari 2017. Pada 1 Mei 2018, beliau mengambil alih jawatan sebagai Pengarah Urusan AMHB, AMSB, ABSB dan Amway (Singapore) Pte. Ltd.

Beliau memulakan kerjaya dengan Amway sebagai Pengarah Audit Dalaman, Pengarah Pusat Khidmat Bersama dan Pengarah Strategi & Perancangan APAC dari 2008 hingga 2015. Sebelum menjadi kakitangan Amway, Encik Mike Duong bekerja dengan Boeing dari 1997 hingga 2008. Jawatan terakhir beliau di Boeing ialah Pengurus Kanan Perkhidmatan Kewangan Global.

Beliau adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Sains – Kejuruteraan Mekanikal dari Boston University College of Engineering, Boston, MA.

LCL_AA_AL_MD_IMG_1.jpg

Low Han Kee (Encik Low), warganegara Malaysia, telah dilantik sebagai Pengarah Amway (Malaysia) Holdings Berhad ("AMHB") dan Amway (Malaysia) Sdn. Bhd. ("AMSB") masing-masing pada 6 Jun 1996 dan 16 Oktober 1995.

Beliau menyertai AMSB pada 1990 sebagai Pengurus Bahagian Jabatan Kewangan & Pentadbiran dan dinaikkan pangkat menjadi Pengurus Besar pada 1993 sebelum dinaikkan pangkat pula sebagai Pengarah Urusan pada 1998, jawatan yang beliau lepaskan apabila beliau bersara pada 31 Januari 2016. Beliau juga berkhidmat sebagai Pengarah Urusan AMHB dari 1998 hingga persaraan beliau pada 31 Januari 2016. Beliau juga merupakan Pengarah Amway (B) Sdn. Bhd.

Beliau layak sebagai Akauntan Awam Bertauliah pada 1984 ketika berkhidmat di Ernst & Whinney (kini dikenali sebagai Ernst & Young), sebuah firma perakaunan antarabangsa. Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang kewangan lebih daripada 30 tahun, pernah memegang jawatan kanan dalam bidang kewangan di syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”), termasuk Mulpha International Trading Corporation Berhad, sebuah kumpulan yang terlibat dalam perdagangan, pembinaan dan kejuruteraan, di mana jawatan terakhir yang beliau sandang ialah Ketua Akauntan Kumpulan dari 1985 hingga 1990 sebelum melepaskannya untuk menyertai AMSB.

Pada masa ini, beliau adalah ahli Lembaga Pengarah Leong Hup International Berhad.

LCL_AA_AL_NINED1_IMG_1.jpg

Scott Russell Balfour (Encik Scott Balfour), warganegara Amerika, telah dilantik sebagai Pengarah Amway (Malaysia) Holdings Berhad (“AMHB”) pada 15 Januari 2004. Beliau ialah Pengerusi Jawatankuasa Saraan dan juga ahli Jawatankuasa Audit dan Jawatankuasa Pencalonan.

Beliau merupakan ahli American, Michigan dan Grand Rapids Bar Association. Beliau telah menulis beberapa artikel mengenai perundangan Korea dan Asia dan menjadi pengarang bersama buku yang bertajuk “Korean Labor and Employment Laws”.

Pada masa ini, beliau juga merupakan Naib Presiden dan Timbalan Ketua Penasihat Undang-undang Regional Counsel Asia dan Rantau Greater China dan Naib Presiden Global Business Conduct and Rules of Alticor Inc. Beliau menyelaraskan dan menyelia pelbagai isu undang-undang Alticor untuk semua syarikat gabungan Asia termasuk Australia, China, Korea, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam. Encik Scott Balfour juga mengetuai pasukan undang-undang yang bertanggungjawab atas pematuhan dan isu-isu global dalam undang-undang jualan langsung, amalan dan peraturan yang mengawal lebih daripada tiga juta Pemilik Perniagaan Amway.

Sebelum menyertai Alticor pada 1998, beliau berkhidmat selama 8 tahun sebagai Perunding Kanan Undang-Undang Asing untuk firma guaman Kim & Chang di Seoul, Korea Selatan. Klien beliau termasuk Amway, Citibank, PepsiCo, Morgan Stanley, Nike, McDonald, Gerber, Unilever, P&G dan Duracell sekadar menyebut beberapa nama.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Michigan State University pada 1983. Selepas berkhidmat dalam tentera AS, beliau melanjutkan pengajian di University of Detroit dan memperoleh Ijazah Kedoktoran Juris cum laude pada 1990. Beliau merupakan ahli Lembaga Pengarah West Michigan World Affairs Council.

LCL_AA_AL_NINED3_IMG_4.jpg

Mohammad Bin Hussin (En Mohammad), warganegara Malaysia, telah dilantik sebagai Pengarah Amway (Malaysia) Holdings Berhad pada 10 Jun 2009.

Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari University of Portland, Oregon, Amerika Syarikat pada 1986 dan kemudian mendapat Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Cranfield University, United Kingdom pada 1990.

Kini beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Amanah Saham Nasional Berhad. Sebelum memegang jawatan sekarang, beliau telah memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan di PNB.

Dari 1990 hingga 2002, beliau telah memegang pelbagai jawatan pengurusan dalam perbadanan, antara lain, Edaran Otomobil Nasional Berhad dan UMW Toyota Sdn Bhd.

Pada masa ini, Mohammad Bin Hussin merupakan ahli Lembaga Persekutuan Pengurus-pengurus Pelaburan Malaysia dan Amanah Saham Nasional Berhad.

LCL_AA_AL_INED4_IMG_8.jpg

Dato' Abdullah Thalith Bin Md Thani, warganegara Malaysia, telah dilantik sebagai Pengarah Amway (Malaysia) Holdings Berhad pada 15 Mei 2015. Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pencalonan. Beliau juga berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Audit dan Jawatankuasa Saraan.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Harta Tanah) dari Universiti Teknologi Malaysia pada 1978. Beliau juga memegang Ijazah Sarjana Sains (Pengajian Perniagaan) dari University of Salford pada 1993.

Dato' Abdullah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Penilaian di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan pada 1978. Seterusnya, beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Penilai Daerah, Pengarah Negeri, Pengarah Institut Penilaian Negara, Pengarah Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), Timbalan Ketua Pengarah dan seterusnya sebagai Ketua Pengarah jabatan itu pada 2006. Beliau bersara daripada perkhidmatan awam pada 2012.

Pada masa ini, beliau adalah ahli Lembaga Pengarah AmFirst Real Estate Investment Trust.

IR-BOD-ABDMALIK_IMG.jpg

Abd Malik Bin A Rahman, warganegara Malaysia, telah dilantik sebagai Pengarah Amway (Malaysia) Holdings Berhad pada 1 Januari 2019. Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Audit dan ahli Jawatankuasa Pencalonan.

Beliau merupakan ahli Akauntan Bertauliah Institut Akauntan Malaysia (MIA). Beliau juga merupakan Felow Association of Chartered Certified Accountants (UK), ahli Malaysian Institute of Certified Public Accountants, ahli Certified Financial Planners (USA). Beliau adalah ahli Malaysian Institute of Management dan Chartered Management Institute (UK).

Beliau pernah memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan di Peat Marwick Mitchell & Company (kini dikenali sebagai KPMG), Esso Group of Companies, Colgate-Palmolive (M) Sdn Bhd, Amway (Malaysia) Sdn Bhd, FIMA Metal Box Berhad dan Guinness Anchor Berhad. Beliau adalah Pengurus Besar, Khidmat Korporat Kelang Multi Terminal Sdn Bhd (kini dikenali sebagai Westports Malaysia) dari tahun 1994 hingga persaraannya pada tahun 2003.

Abd Malik kini merupakan Pengerusi Affin Hwang Investment Bank Berhad, ahli Lembaga Pengarah Affin Bank Berhad, Affin Hwang Asset Management Berhad, Boustead Heavy Industries Corporation Berhad, Lee Swee Kiat Group Berhad dan Mah Sing Group Berhad.

IR-BOD-DATINAZREEN_IMG.jpg

Datin Azreen Binti Abu Noh, warganegara Malaysia, telah dilantik sebagai Pengarah Amway (Malaysia) Holdings Berhad pada 26 Februari 2019. Beliau juga berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Audit.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan telah diterima sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pada 1996.

Pada masa ini, Datin Azreen merupakan Rakan Pengurusan Messrs Firuz Jaffril, Aidil & Zarina yang mengkhusus dalam litigasi dan timbang tara, terutamanya dalam urusan korporat, perdagangan dan permindahhakkan. Beliau juga merupakan Pengarah Urusan Deluxe Merchant Sdn Bhd. Daripada situ, beliau mengumpul pengalaman keusahawanan yang luas dalam perniagaan makanan dan minuman.

Di samping itu, Datin Azreen merupakan penyokong kuat usaha memperkasakan kesedaran tentang kanak-kanak kurang upaya dalam pembelajaran termasuk disleksia. Pada 2017, Datin Azreen telah dianugerahkan Anugerah "Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia" oleh NiagaTimes atas sumbangannya yang sangat besar dalam sektor makanan dan minuman.

Datin Azreen kini merupakan ahli Lembaga Pengarah Ta Win Holdings Berhad.