ARTISTRY

Mengenai ARTISTRY

Artistry

 

Kami percaya bahawa kecantikan itu hidup, mentenagakan, menaikkan semangat. Kulit anda bernafas dalam kegembiraan menjalani kehidupan yang sihat dan seimbang dengan rasa sejahtera yang mendalam.

Itulah sebabnya kami menyatukan yang terbaik dari sains dan alam untuk menghasilkan penyelesaian kecantikan peribadi hanya untuk anda.

  • Diseduh Dengan Alam
    Produk ARTISTRY diseduh dengan cinta terhadap alam semula jadi.
     
  • Disempurnakan Oleh Sains
    Saintis kami menggunakan kepakaran mereka untuk memilih bahan-bahan yang sesuai dalam jumlah yang tepat dengan rumusan yang meningkatkan tahap keberkesanan.
     
  • Diperibadikan Untuk Anda
    Kami mahu membantu anda menjadi satu karya seni ciptaan peribadi.

Diseduh Dengan Alam

Produk ARTISTRY diseduh dengan cinta terhadap alam semula jadi.

Kami memperoleh bahan-bahan daripada Nutrilite™, jenama vitamin dan suplemen diet No. 1 dari segi jualan di dunia*. Kebanyakannya datang dari Ladang Nutrilite™ yang disahkan organik termasuk Ceri Aserola, Daun Bayam, Anggur Hitam dan Delima. Setiap satunya disemai, dikawal kualitinya dan dituai pada puncak potensi.

Kami juga memperoleh antara bahan-bahan alam semula jadi yang paling berkuasa dan tulen dari seluruh dunia termasuk Air Fjord Norway, Pokok Kehidupan Baobab Afrika dan Gardenia Grandiflora yang sukar ditemui.

Untuk melepasi ujian kami dalam menentukan yang terbaik, setiap bahan perlu padat dengan manfaat yang telah terbukti untuk memberikan hasil yang paling luar biasa untuk kulit anda.


*Sumber Euromonitor International Limited. Vitamins and Dietary Supplements, World, GBN, Retail Value RSP, % breakdown, 2017 data.

Disempurnakan Oleh Sains

Saintis kami menggunakan kepakaran mereka untuk memilih bahan-bahan yang sesuai dalam jumlah yang tepat dengan rumusan yang meningkatkan tahap keberkesanan.

Janji-janji diubah menjadi bukti klinikal, disokong oleh:

- Penyelidikan dalam kesihatan kulit selama lebih 50 tahun
- Kerjasama dengan doktor kesihatan kulit dan ahli dermatologi terkemuka dunia melalui Lembaga Penasihat Saintifik kami
- Memanfaatkan teknologi NASA untuk mengukur kedalaman dan panjang kedutan, kemudian menguji keberkesanan produk kami untuk mengurangkan saiznya
- Jaminan kepuasan pelanggan 100%

Diperibadikan Untuk Anda

Kami mahu membantu anda menjadi satu karya seni ciptaan peribadi.

Pandangan peribadi kami tentang segala yang kami lakukan ialah - Anda Diutamakan.

Kami telah menganalisis lebih daripada 32,000 wajah wanita dari seluruh dunia. Jadi, kami bersedia untuk mencipta penyelesaian kecantikan peribadi yang tepat untuk anda kerana kecantikan setiap wanita itu unik dan tersendiri.

Tiada produk dijumpai.