XS

Mengenai XS

XS

 

Menjejaki kembali asal-usulnya di Laguna Beach, California pada 2001, jenama XS Energy telah ditubuhkan dengan niat untuk mencipta pengalaman yang benar-benar baru apabila melibatkan minuman tenaga – sesuatu yang akan mencetuskan respons "Wow!" apabila orang mencuba produk itu. Selain itu, ia bertujuan untuk menghasilkan produk untuk mereka yang tidak mahu meminum produk berjenama yang penuh dengan gula dan cukup terkenal kerana menawarkan letusan tenaga yang hebat namun tidak bertahan lama. Sebaliknya, XS dirumus untuk memberikan tenaga positif melalui minuman yang lazat, dengan campuran Vitamin B pada paras yang sangat berkesan, dan asid amino penting, yang menghasilkan rangsangan tenaga bagaikan roket pada bila-bila masa sepanjang hari.

Jenama ini pesat berkembang dan kini terdapat di 57 buah pasaran di seluruh dunia. XS telah menjadikan jenamanya menarik perhatian pengguna yang lebih muda melalui parti-parti yang amat berjaya, fokus terhadap pengembaraan dan gabungan bekerja dan berekreasi – ciri-ciri yang semakin penting dalam kepuasan kerja bagi segmen bawah 35 tahun. Sepanjang dekad yang lalu, Amway telah melihat kejayaan khusus acara dan penjenamaan gaya hidupnya di pasaran pertumbuhan utama seperti Jepun dan Amerika Utara, di mana separuh daripada pemilik perniagaan yang terdaftar pada tahun lalu adalah lebih muda daripada 35 tahun.

Bagi Pemilik Perniagaan Amway (ABO) yang menyalurkan semangat keusahawanan dan pengembaraan Rich DeVos dan Jay Van Andel, XS adalah jenama yang tepat untuk melibatkan generasi perniagaan Amway yang akan datang, menerapkannya dengan tenaga, keaslian dan pengalaman pelanggan yang telah menjadikan jenama ini sangat berjaya.

Minuman Tenaga XS disahkan halal. Klik di sini untuk melihat pensijilan: https://goo.gl/bv3eiJ

Pengalaman XS Seumur Hidup

XS

Ingat kehidupan yang aktif dan bertenaga, ingat Minuman Tenaga XS®. Jenama XS ialah mengenai memperkasakan diri anda supaya anda rasa bertenaga, berani mencabar diri dan bebas – sentiasa. Tiada cara yang lebih baik untuk menjalani kehidupan yang paling sihat dengan sepuas-puasnya selain dengan Minuman Tenaga XS tanpa gula yang lazat diseduh dengan vitamin B untuk memberikan sokongan tenaga yang anda perlukan untuk memanfaatkan sepenuhnya hari anda. Sama ada anda sedang berlari, berada di jalan raya, di rumah atau di gimnasium, sentiasa bawa setin Minuman Tenaga XS untuk rangsangan tambahan itu!

Fakta Menarik XS

•XS Energy; jenama minuman tenaga eksklusif tanpa gula yang pertama dijual di seluruh dunia*
•Dicipta di Laguna Beach, California, dan dibru di seluruh dunia
•Dijual secara eksklusif melalui Pemilik Perniagaan Amway (ABO)
•Terdapat peluang di dalam setiap tin Minuman Tenaga XS

*Sumber: Euromonitor International Ltd 2012-2018

Minuman Tenaga XS (250ml) Minuman tenaga yang biasa di pasaran(250ml) Minuman ringan bukan diet(325ml)
0 gram gula(≈ 7 kalori) 27-30 gram (5-6 sudu kecil) gula(>100 kalori) 40 gram (8 sudu kecil) gula (> 130 kalori)

Setiap tin XS mengandungi Vitamin B2, Nikotinamida, Asid Pantotenik, Vitamin B6, Vitamin B12. Vitamin-vitamin ini penting untuk penguraian karbohidrat, lemak dan protein untuk membekalkan tenaga dan membantu pemfungsian sistem saraf yang normal.

Jadi, apa tunggu lagi? Dapatkan setin XS, buka dan rasai pengalaman XS yang hebat!

Fakta Nutrisi XS

Apakah yang Terkandung Di Dalam Setin XS?

• Letusan tenaga yang hebat dalam dalam perisa yang lazat
• Satu ledakan tenaga untuk mereka yang menjalani gaya hidup yang aktif
• Vitamin B penting untuk menukar makanan menjadi tenaga
• Pati buah-buahan yang sejuk lagi menyegarkan, sedikit berkarbonat untuk membangkitkan tunas rasa anda

 

Pecahan Nutrisi

Minuman Tenaga XS Citrus Blast

Saiz Hidangan: 250ml
Hidangan Setiap Tin: 1

  Setiap 100ml Setiap Hidangan
Tenaga 11.6kJ 29kJ
Karbohidrat 0.3g 0.75g
Jumlah Gula 0.0g 0.0g
Protein 0.3g 0.75g
Lemak 0.0g 0.0g
Natrium 0.0g 0.0g
Vitamin B2 0.11mg 0.27mg
Nikotinamida 8mg 20mg
Asid Pantotenik 4mg 10mg
Vitamin B6 1.4mg 3.5mg
Vitamin B12 1.4mcg 3.5mcg
Kafeina 20mg 50mg
Taurina 0.36g 0.9g

   

Minuman Tenaga XS Cranberry-Grape Blast

Saiz Hidangan: 250ml
Hidangan Setiap Tin: 1

  Setiap 100ml Setiap Hidangan
Tenaga 11.6kJ 29kJ
Karbohidrat 0.3g 1.0g
Jumlah Gula 0.0g 0.0g
Protein 0.3g 0.75g
Lemak 0.0g 0.0g
Natrium 0.0g 0.0g
Nikotinamida 8mg 20mg
Asid Pantotenik 4mg 10mg
Vitamin B6 1.4mg 3.5mg
Vitamin B12 1.4mcg 3.5mcg
Kafeina 20mg 50mg
Taurina 0.36g 0.9g

Tiada produk dijumpai.
Tiada produk dijumpai.