Pembayaran balik - Baucar Kredit NLP

Jika anda melanggan Program Kesetiaan Nutrilite (NLP) sebelum kenaikan harga yang bermula pada 15 Apr 2019, anda akan menerima pembayaran balik bagi perbezaan harga itu dalam bentuk baucar kredit pada 30 haribulan setiap bulan mulai 30 Julai 2019.

Baucar kredit ini adalah:

Bagi mereka yang telah menyudahkan pelan NLP masing-masing
Dikreditkan secara automatik ke akaun anda untuk kitaran yang terjejas SAHAJA
Sah selama 6 bulan dari tarikh pengeluaran


Semua pendaftaran NLP selepas kenaikan harga secara automatik mengikut harga baru.

Program Kesetiaan Amway (ALP)

Diskaun Hebat! Penghantaran percuma! Produk Kegemaran Anda! Sertai Program Kesetiaan Amway dan nikmati arahan tetap pada kad kredit atau kad debit anda untuk membeli produk terpilih selama enam bulan berturut-turut. Singkirkan kerumitan membuat pesanan semula produk kegemaran anda dengan Program Kesetiaan Amway! Klik. Beli. Terima dan Nikmati.

 

Program Kesetiaan Nutrilite (NLP)

Program Kesetiaan Nutrilite menawarkan kemudahan membuat arahan tetap bulanan melalui kad kredit/debit anda untuk membeli produk Nutrilite terpilih dalam tempoh enam (6) bulan berturut-turut. Anda akan dikenakan harga biasa penuh pada bulan pertama, menerima diskaun 2.5% ke atas pembelian anda dari bulan ke-2 hingga ke-5. Di samping itu, nikmati diskaun 50% ke atas harga pembelian anda pada bulan terakhir (ke-6). Semua pesanan akan dihantar kepada anda secara percuma. Daftar dan nikmati faedah Program Kesetiaan Nutrilite hari ini!

Program Kesetiaan Nutrilite (NLP)

Terma & Syarat

1. Program Kesetiaan Nutrilite (NLP) adalah fasiliti pembayaran automatik yang ditawarkan kepada Pemilik Perniagaan Amway (ABO) untuk memesan produk Nutrilite terpilih secara mudah dan cajkannya ke akaun kad kredit/debit ABO.
2. Jika tiada perubahan atau isu apabila mendaftar untuk NLP, ABO yang melanggan hanya perlu melaksanakan NLP mereka satu kali, setiap kali mereka membuat pesanan dan terus-menerus menerima produk Nutrilite terpilih mereka setiap bulan untuk tempoh berkenaan.
3. Produk Nutrilite terpilih di bawah NLP akan menawarkan insentif(-insentif) menarik selepas langganan berjaya. PV & BV bagi setiap produk terpilih di bawah NLP akan diselaraskan mengikut insentif. Setiap SKU/pelan menawarkan program 6 bulan. Dengan mendaftar, ABO bersetuju dan memberi kuasa kepada Amway (Malaysia) Sdn. Bhd. untuk mengecaj dan menghantar SKU terpilih/pelan kepada mereka selama 6 bulan.
4. Langganan NLP dan pesanan produk Nutrilite terpilih hanya tersedia DALAM TALIAN menerusi laman web Amway (Malaysia) Sdn. Bhd. (www.amway.my).
5. Hanya pembayaran kad kredit/debit sahaja yang diterima. Kad kredit/debit berdaftar mesti aktif pada masa pendaftaran NLP. Ini memerlukan ABO untuk mengisi butiran kad kredit/debit secara dalam talian (jika belum berbuat demikian) untuk pembayaran. Pembayaran menerusi perbankan dalam talian TIDAK dibenarkan.
6. Amway (Malaysia) Sdn. Bhd. tidak bertanggungjawab untuk menghantar produk jika kad(-kad) yang diberi kuasa itu sudah tamat tempoh, melampaui had bulanan, tidak aktif atau telah ditamatkan. Amway (Malaysia) Sdn. Bhd. berhak mengubah suai atau menamatkan NLP mengikut budi bicara mutlaknya.
7. ABO yang melanggan juga perlu memberikan alamat penghantaran. Jika alamat penghantaran tidak dinyatakan, alamat berdaftar ABO yang melanggan akan diguna sebagai alamat penghantaran untuk pesanan NLP.
8. Setelah langganan NLP berjaya, pesanan NLP akan diproses dalam satu hari bekerja selepas tarikh langganan. Pesanan NLP hanya akan dihantar sebaik sahaja pembayaran diterima dengan jayanya. Pembayaran bulan pertama mestilah berhasil untuk meneruskan NLP.
9. Kad kredit/debit ABO yang melanggan akan terus dicaj untuk bulan-bulan berikutnya sehingga 6 bulan, mengikut SKU terpilih/pelan sebelum penghantaran produk.
10. ABO yang melanggan mesti melengkapkan NLP 6 bulan itu jika mereka ingin menikmati tawaran/insentif besar di akhir bulan ke-6. Jika tidak, mereka hanya berhak untuk tawaran/insentif interim sebelum bulan ke-6.
11. ABO boleh mendaftar untuk seberapa banyak SKU/pelan yang mereka suka tetapi HANYA SATU SKU/pelan setiap pesanan pada satu-satu masa sahaja yang dibenarkan, SKU/pelan yang digabungkan dalam satu pesanan TIDAK DIBENARKAN. Ini adalah untuk membolehkan kefleksibelan bagi meminda butiran kad kredit/debit dan/atau alamat penghantaran, jika perlu.
12. Untuk mana-mana pembayaran yang gagal dari bulan ke-2 hingga bulan ke-6, Amway (Malaysia) Sdn. Bhd. akan cuba mengecaj sehingga maksimum 3 kali selepas 24 jam pesanan dibuat. Jika masih gagal, ABO perlu log masuk ke www.amway.my untuk mengemaskini butiran pembayaran/kad dan klik SECARA MANUAL untuk pemprosesan semula pembayaran sebelum tarikh pembayaran pusingan pesanan yang seterusnya. Kegagalan berbuat demikian akan mewajarkan penamatan NLP secara automatik. Walau bagaimanapun, untuk bulan ke-6, jika pembayaran masih lagi belum berjaya menjelang hari terakhir bulan itu (sebelum 12.00 am hari berikutnya), sistem akan membatalkan NLP secara automatik dan pesanan akan dibatalkan kerana itu adalah akhir program itu.
13. ABO yang melanggan boleh juga memilih untuk menamatkan penyertaan NLP mereka pada bila-bila masa (sekurang-kurangnya 2 hari sebelum tarikh caj kad). Walau bagaimanapun, penamatan awal/mana-mana penamatan akan menghilangkan kelayakan ABO yang melanggan ke atas semua tawaran/insentif NLP berkuat kuasa sebaik pembatalan.
14. Penamatan/pembatalan NLP adalah tanpa sebarang penalti dan diguna pakai untuk seluruh program, tiada penamatan/pembatalan separa dibenarkan. Selepas penamatan/pembatalan, NLP tidak akan diaktifkan semula. ABO perlu mendaftar sekali lagi untuk pusingan NLP yang baru.
15. Jika ada sebarang produk di bawah NLP yang menyatakan "Kehabisan Stok", ABO yang melanggan TIDAK boleh menyertai/memesan di bawah NLP itu sehingga stok ditambah kembali.
16. ‘Volume down’ untuk produk NLP adalah TIDAK DIBENARKAN.
17. Produk yang dibeli menerusi NLP TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN/TIDAK DIBAYAR BALIK.
18. Tidak boleh menukar SKU/pelan apabila NLP telah bermula.
19. Pembelian NLP tidak sah dengan mana-mana promosi atau tawaran yang sedang berlangsung, iaitu PWP/GWP atau dengan mana-mana promosi berkaitan yang lain sepanjang tempoh program.
20. Penghantaran adalah percuma. Pilihan ambil sendiri tidak disediakan.
21. Jika tarikh penghantaran jatuh pada hari cuti rehat (Sabtu, Ahad atau hari cuti umum), penghantaran akan dibuat pada hari bekerja berikutnya.
22. ABO yang melanggan boleh mengubah suai butiran mereka sehingga satu hari sebelum tarikh pemprosesan pesanan NLP mereka. Sebagai contoh:
 
a. ABO yang melanggan boleh membuat pindaan pada alamat penghantaran dan/atau butiran kad kredit/debit. Perubahan itu akan tertera dan berkuat kuasa pada pesanan bulan berikutnya dan ke atas semua pesanan yang menyusulinya jika tidak ada lagi sebarang perubahan yang dibuat. Perubahan untuk pesanan individu adalah dibenarkan.
23. Perubahan kepada pilihan NLP anda, kaedah pembayaran, alamat atau jumlah yang dibenarkan, boleh dibuat secara dalam talian dengan mengedit Profil NLP anda.
24. Jika lebih daripada satu perjanjian NLP telah diserahkan, perjanjian yang paling baru akan menggantikan kesemua perjanjian terdahulu. Amway (Malaysia) Sdn. Bhd. berhak mengubah harga produknya tanpa sebarang pemberitahuan awal.
25. Perjanjian ini kekal berkuat kuasa sehingga anda: (1) memilih untuk meminda atau mengubah mana-mana aspek perjanjian ini dengan menyerahkan perjanjian NLP yang baru ditandatangani atau dengan mengubah Profil NLP anda secara dalam talian; atau (2) menghentikan pembayaran bagi mana-mana pengeluaran oleh Amway (Malaysia) Sdn. Bhd. dengan memaklumkan bank pengeluar sekurang-kurangnya satu hari perniagaan sebelum caj berjadual akaun anda.
26. Terma dan syarat yang terkandung di dalam ini tidak menyeluruh. Amway (Malaysia) Sdn. Bhd. berhak untuk menambah, mengubah suai atau membatalkan mana-mana terma dan syarat di atas tanpa pemberitahuan awal.
27. Amway (Malaysia) Sdn. Bhd. berhak meminda Aturan dan Peraturan/Terma & Syarat program ini tanpa pemberitahuan awal.