SANGAT MESRA ALAM UNTUK PEMBERSIHAN YANG LEBIH SELAMAT
L.O.C. Pencuci Pelbagai Guna
Kita semua tahu betapa cepat rumah akan menjadi berdebu atau kotor. Kita seringkali terabaikan tugasan mencuci rumah kerana komitmen dan kehidupan yang sibuk.

Mudahkan kerja pembersihan rumah anda dengan Pencuci Pelbagai Guna L.O.C. yang berkuasa, pekat dan berkesan. Pembersih serba guna ini menjadikan rumah anda benar-benar bersih dan berbau segar. Nak tahu apa yang lebih bagus? Lebih kerap anda menggunakannya, semakin kurang masa yang diperlukan untuk membersih di masa akan datang. Pilihlah Pencuci Pelbagai Guna L.O.C. yang menghapuskan semua kotoran untuk rumah yang bersih dan bersinar-sinar!
PENCUCI PELBAGAI GUNA SEMULA JADI, SELAMAT DAN LEMBUT
Pencuci Pelbagai Guna L.O.C. mempunyai rumusan terbiodegradasikan. Pembersih serba guna ini terdiri daripada bahan pembersihan semula jadi, boleh diperbaharui yang tidak mengandungi fosfat, klorin atau bahan yang tidak menyenangkan. Pembersih serba guna ini juga tidak mengandungi bahan kimia berbahaya atau pelelas, ia lembut pada sentuhan kulit dan selamat untuk kegunaan harian.
BERKESAN ATAS SEMUA PERMUKAAN BOLEH DICUCI
Pencuci Pelbagai Guna L.O.C. menanggalkan kotoran dan daki yang terkumpul dengan mudah di atas semua permukaan yang boleh dicuci, menjadikan permukaan berkilat dan bebas sisa.
PILIHAN LEBIH SELAMAT
Di AMWAY, kami sentiasa bersungguh-sungguh untuk memberikan produk yang lebih baik dan lebih selamat untuk rumah anda.

Label “Safer Choice” pembersih serba guna ini menunjukkan bahawa rumusan produk ini telah dikemukakan kepada Agensi Perlindungan Alam Sekitar A.S. (EPA) dan ia mengandungi bahan yang tidak menjejaskan kesihatan manusia dan alam sekitar berbanding dengan produk konvensional jenis yang sama.
RUMUSAN BIOQUEST
Rumusan BIOQUEST yang unik terdiri daripada bahan yang sangat aktif dan berasaskan bio dari sumber semula jadi seperti kelapa, buah sitrus dan mineral. Semua produk Rumusan BIOQUEST memberikan prestasi pembersihan yang berkuasa dan pekat, terbiodegradasikan dan diuji secara dermatologi.
Cara Mengguna
  • Tambah 30ml pembersih serba guna ke dalam 5 liter air.
  • Basuh permukaan dan keringkan jika diperlukan.
  • Tidak perlu dibilas.
  • Nasihat/Langkah Keselamatan
    Jauhkan daripada kanak-kanak.
    Penyimpanan
    Tutup penutup dengan ketat selepas digunakan.
    Tarikh Pengeluaran/Luput
    Jangka hayat produk pembersih serba guna ini adalah tiga tahun dari tarikh pengeluaran. Tarikh pengeluaran dicetak pada bungkusan produk.
    Kandungan
    1L
    Bahan-bahan
    Sodium Lauryl Ether Sulfate (9.66%), Laureth-7 (2.5%), Cocamidopropylamine Oxide (2.275%), Air, Natrium Klorida, Asid Sitrik, Haruman, Methylchloroisothiazolinone, Methylisothiazolinone.
    Penafian/Nasihat Undang-undang
  • Produk ini tidak bertujuan untuk pencegahan dan rawatan penyakit.
  • Produk ini telah diimport mengikut peraturan tempatan.
  • KEHIDUPAN YANG SIHAT BERMULA DENGAN KEDIAMAN YANG BERSIH

    Amway Home memberikan cara pembersihan yang lebih sihat dan selamat dengan produk mesra alam dan mesra bio. Pastikan rumah anda bersih dan selamat dengan pembersih serba guna pekat diperbuat daripada bahan semula jadi yang selamat dan berkesan.