INILAH AIR ESPRING
eSpring Kartrij Karbon-UV
Setiap Kartrij Sistem Rawatan Air eSpring mengandungi "Cip Pintar" elektronik yang menghubungkannya ke paparan monitor LED sistem yang menggunakan ikon mudah dan isyarat audio untuk memberitahu anda bahawa sistem berfungsi dengan baik. Monitor ini juga memberitahu anda apabila tiba masa untuk menukar Kartrij. Di dalam Kartrij pula, Lampu UV termaju dikelilingi oleh pemantul keluli tahan karat yang sangat memantul dan dilindungi oleh sarung kuarza yang sangat transmisif untuk memaksimumkan keberkesanannya. Lampu hanya bernyala apabila air mengalir dan menggunakan filamen yang direka secara eksklusif untuk permulaan yang pantas dan campuran gas khas untuk membuatkan lampu bernyala dengan serta-merta. Lampu ini memusnahkan lebih daripada 99.99% bakteria dan virus penyebab penyakit bawaan air di dalam air minuman. Adalah disyorkan agar Kartrij digantikan sekali setahun atau sekali setiap 5,000 liter air.*
CIRI KATRIJ ESPRING
Blok karbon menampilkan penggunaan karbon yang diaktifkan berasaskan tempurung kelapa berkualiti tinggi untuk penyingkiran bahan cemar yang berkesan. Kartrij eSpring menggabungkan lampu ultra ungu (UV) termaju untuk memusnahkan patogen bawaan air dan mengesan penggunaan melalui Teknologi Pengenalpastian Frekuensi Radio (RFID) yang memindahkan penggunaan data ke paparan monitor LED dengan lancar. Kartrij Sistem Rawatan Air eSpring membersihkan bersamaan 10,000 botol air**Purata hayat penuras bergantung kepada penggunaan dan kualiti air.
MANFAAT KATRIJ ESPRING
Memperbaiki rasa, bau dan kejernihan air dengan Sistem Rawatan Air eSpring. Selain itu, eSpring boleh mengurangkan dengan berkesan lebih daripada 140 bahan cemar yang berpotensi menjejaskan kesihatan dan memusnahkan lebih daripada 99.99% bakteria dan virus penyebab penyakit bawaan air di dalam air minuman menggunakan teknologi cahaya ultra ungu sambil mengekalkan mineral berfaedah seperti kalsium, magnesium dan fluorida. Sistem Rawatan Air eSpring mempunyai sistem pemantauan dipatenkan yang memaklumkan anda tentang status hayat Kartrij yang tinggal dan sistem semasa mengalir pada suhu paip, memastikan kos tenaga anda kekal rendah. Dengan teknologi kuasa tanpa wayar, keselamatan adalah terjamin kerana air tidak pernah menyentuh mana-mana komponen elektrik.Sistem Rawatan Air eSpring juga mempunyai Kartrij mudah diganti, tanpa memerlukan alat khas kerana tiada wayar dalaman atau palam untuk dicabut dan disambung semula. Selain itu, Kartrij direka untuk bertahan 5,000 liter atau 1 tahun, yang mana terdahulu.
PRODUK YANG MEMENANGI ANUGERAH
Sistem Rawatan Air eSpring menerima berbagai anugerah seperti Syarikat Penurasan Air Pilihan Frost & Sullivan bagi Asia Pasifik sejak 2010, Anugerah Emas bagi Jenama yang Paling Dipercayai Reader's Digest di Malaysia dan Asia sejak 2005. Sistem Rawatan Air eSpring diperakui oleh NSF International (NSF / ANSI Standard 42、53、55、401、P473 dan P477) dan memperoleh Mohor Emas daripada Persatuan Kualiti Air. Sistem Rawatan Air eSpring adalah jenama sistem rawatan air di rumah No. 1 dunia dari segi jualan.* *Berdasarkan kajian Verify Markets ke atas jualan global 2018.
Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Penggunaan semula Prapenuras tidak digalakkan oleh sebab kesulitan mencuci biolendir yang terkumpul.
  • Proses pencucian juga boleh merosakkan Prapenuras, menyebabkan Kartrij tersumbat.
  • AIR DIMINERALKAN LAGI TULEN

    Dapatkan air yang lebih bersih, lebih selamat dan lebih enak rasanya terus dari paip.