SERLAHKAN KUASA RAMBUT
Syampu Lembapan Licin SATINIQUE
Nikmati rambut licin dan lembap untuk penampilan yang segar. Syampu Lembapan Licin SATINIQUE™ sesuai untuk memperbaiki rambut kusam, kering atau tidak terurus agar rambut kembali cantik, lembut dan berkilat.
DISEDUH DENGAN BOTANI DAN NUTRIEN
Syampu Lembapan Licin SATINIQUE™ diperbuat daripada rumusan eksklusif menggunakan bahan-bahan semula jadi. Ia mengandungi ENERJUVE™ – sejenis kompleks yang dipatenkan – dirumus dengan lipid, 18-MEA dan kreatina untuk memulihkan rambut anda kepada keadaan yang tampak sihat. Syampu ini juga mengandungi Minyak Biji Kukui dan Pro Vitamin B5 yang melicinkan rambut anda.
ALAMI LEMBAPAN YANG MENYEGARKAN ANDA
Syampu Lembapan Licin SATINIQUE™ memberi rambut anda enam kali berganda kelicinan* dan kelembapan penting selepas menggunakan sekali. Syampu ini juga membantu menambah keanjalan dan mengekalkan lembapan rambut anda.

*Apabila digunakan bersama dengan Perapi Lembapan Licin dan Balm Pelurus
SATINIQUE™ DENGAN ENERJUVE™ DIPATENKAN
ENERJUVE™ menyihatkan rambut anda secara mendalam hingga ke kulit kepala dengan kandungan lipid, kreatina dan 18-MEA yang mempunyai fungsi mengukuhkan, melicinkan dan menyegarkan rambut. Dicipta untuk pemulihan rambut yang tepat dan berkesan, ENERJUVE™ memberi rawatan yang rapi kepada rambut rosak. Rumusan unik ini bertindak dari dalam ke luar melalui tiga peringkat:

(i) Membina semula - ENERJUVE™ meliputi rambut untuk memberi rawatan kepada bahagian yang rosak, memulihkan bahagian lemah dan melembutkan rambut dengan serta-merta
(ii) Menggiat semula - kompleks ini menembusi teras rambut untuk membaiki dan menggiatkan kualiti rambut, serta memulihkan keanjalan rambut anda;
(iii) Memulih - kompleks ini mengikat lapisan luar rambut untuk melindungi, memulih dan melicinkan rambut anda, untuk penampilan yang bersinar dan sihat.
KOLEKSI SATINIQUE™
Koleksi produk rambut SATINIQUE™ dibuat daripada formula yang sesuai digunakan untuk semua jenis rambut. Rambut cantik mudah dicapai dengan pilihan premium ini.
MENJAGA: Syampu dan perapi berkuasa yang menpunyai pelbagai fungsi untuk masalah rambut. Sesuai digunakan semua jenis rambut tanpa mengira umur pengguna.
MERAWAT: Teknologi eksklusif rawatan ini memulihkan rambut dan menguatkan daya tahannya terhadap persekitaran luar dan teknik penggayaan.
MENGGAYA: Produk penggaya premium yang dicipta untuk membantu anda menyerlahkan gaya atau menukar penampilan anda dengan mudah.
Cara Mengguna
  • Gunakan syampu pada rambut basah, urut hingga berbuih dan bilas.
  • Selesai syampu, sapukan perapi dan ratakan pada keseluruhan rambut.
  • Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan guna produk selain daripada maksud kegunaannya.
  • Elakkan sentuhan langsung dengan mata.
  • Berhenti guna dengan serta-merta dan berjumpa doktor jika berlaku kerengsaan kulit.
  • Jangan letak pada kulit yang luka.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
    Kandungan
    280ml
    Bahan-bahan
    Air, Sodium Laureth Sulfate, Glycerin, Cocamidopropyl Betaine, Glycol Distearate, Glycereth-26, Dimethicone, Fragrance, C12-15 Alkyl Lactate, Sodium Chloride, Hydroxypropyl Methylcellulose, Guar Hydroxypropyltrimonium Chloride, Distearyldimonium Chloride, Panthenol, Tetrasodium EDTA, Asid Citric, Creatine, Tocopheryl Acetate, Aleurites Moluccana Seed Oil, Dipropylene Glycol, C10-40 Isoalkylamidopropylethyldimonium Ethosulfate, Jus Daun Aloe Barbadensis, PPG-12-Buteth-16, Triethanolamine, Sodium PCA, Sodium Lactate, Arginine, Minyak Biji Limnanthes Alba (Meadowfoam) , Asid Aspartic, PCA, Glycine, Alanine, Methylchloroisothiazolinone, Ceramide 2, Serine, Ceramide 3, Valine, Asid Behenic, Cholesterol, Isoleucine, Proline, Threonine, Methylisothiazolinone, Histidine, Phenylalanine, Ekstrak Daun Perilla Ocymoides.

    MENYERLAHKAN KUASA RAMBUT

    Koleksi penjagaan rambut yang lengkap dengan pendekatan tiga aspek yang berkesan sepenuhnya: Menjaga, Merawat, Menggaya