SATINIQUE Syampu Antirambut Gugur
Produk anti-rambut gugur SATINIQUE memberi rawatan pertumbuhan rambut dan solusi untuk rambut nipis. Syampu anti-rambut gugur SATINIQUE dengan gabungan bahan-bahan berkuasa seperti Ginseng dan ekstrak Daun Mulberi. Kedua-dua bahan ini efektif untuk pertumbuhan rambut yang sihat dan membantu kulit kepala menyerap rawatan-rawatan lain dengan berkesan.
RUMUSAN YANG DITAMBAH BAIK UNTUK PERTUMBUHAN RAMBUT YANG SIHAT DAN BAHARU
Sistem anti-rambut gugur SATINIQUE merangsang kulit kepala dengan ENERJUVE, iaitu formula dipaten yang terdiri daripada lipid, 18-MEA dan kreatina. Ia memulihkan kesihatan rambut agar tampak berkilau dan semula jadi.

Syampu anti-rambut gugur SATINIQUE diperbuat daripada campuran botani seperti Ginseng dan ekstrak Daun Mulberi yang menggiatkan rambut yang kusam dan kering, serta mengalakkan pertumbuhan rambut baharu yang sihat.
SELAMAT TINGGAL RAMBUT GUGUR, SELAMAT DATANG RAMBUT BAHARU
Syampu anti-rambut gugur SATINIQUE membantu mengurangkan keguguran rambut disebabkan kerosakan dan memulihkan rambut agar kelihatan sihat. Syampu ini juga merangsangkan kulit kepala yang sihat bagi pertumbuhan rambut.

Syampu anti-rambut gugur SATINIQUE mengurangkan sehingga 1800 helai rambut gugur dalam sebulan untuk rambut yang kelihatan penuh dan lebat (apabila digunakan bersama produk Syampu Antirambut Gugur, Perapi dan Tonik Kulit Kepala).

Demi mendapatkan hasil yang terbaik, urut kepala untuk menggelupaskan kulit kepala supaya rawatan rambut lain-lain boleh diresap dengan lebih berkesan. Tambahan pula, syampu ini juga mengandungi antioksidan bagi menyokong pertumbuhan rambut sihat.
SATINIQUE™ DENGAN ENERJUVE™ DIPATENKAN
ENERJUVE™ ialah kompleks yang mengandungi lipid, kreatina dan 18-MEA yang melicinkan dan menggiatkan setiap helai rambut. ENERJUVE™ dicipta untuk membaiki rambut rosak secara efektif. Rumusan unik ini bertindak dari dalam ke luar melalui tiga peringkat:

1) Membina - ENERJUVE™ meliputi rambut untuk memulihkan bahagian-bahagian rambut yang rosak supaya kelihatan berkilau dan terasa kuat serta-merta
2) Menggiat - Menembusi teras rambut untuk memperbaiki dari dalam ke luar, menjadikan rambut bertambah kuat dan anjal
3) Memulih - Melindungi, memulih dan melicinkan lapisan luar rambut, menjadikan rambut bersinar dan sihat.
Cara Mengguna
  • Gunakan syampu pada rambut basah, urut hingga berbuih. Bilas.
  • Selesai syampu, sapukan perapi dan ratakan pada keseluruhan rambut. Bilas.
  • Cukup lembut untuk digunakan setiap hari.
  • Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan gunakan produk di luar tujuan yang dimaksudkan.
  • Elakkan terkena mata.
  • Hentikan penggunaan serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika kerengsaan kulit berlaku.
  • Jangan sapu pada kulit yang merekah.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
    Kandungan
    280ml
    Bahan-bahan
    Air, Sodium Laureth Sulfate, Glycerin, Cocamidopropyl Betaine, Glycol Distearate, Glycereth-26, C10-40 Isoalkylamidopropylethyldimonium Ethosulfate, Ceramide 2, Ceramide 3, Creatine, Dimethicone, Fragrance, C12-15 Alkyl Lactate, Sodium Chloride, Guar Hydroxypropyltrimonium Chloride, Hydroxypropyl Methylcellulose, Distearyldimonium Chloride, Panthenol, Tetrasodium EDTA, Asid Citric , Minyak Biji Limnanthes Alba (Meadowfoam), Dipropylene Glycol, Aloe Barbanensis Leaf Juice, PPG-12-Buteth-16, Triethanolamine, Butylene Glycol, Eclipta Prostrata Extract, Sodium PCA, Sodium Lactate, Arginine, Ekstrak Daun Morus Nigra, Asid Aspartik, PCA, Ekstrak Akar Acanthopanax Senticosus (Eleuthero), Glycine, Alanine, Methylchloroisothiazolinone, Serine, Valine, Asid Behenic, Cholesterol, Isoleucine, Proline, Threonine, Methylisothiazolinone, Histidine, Phenylalanine, Ekstrak Daun Perilla Ocymoides.

    MENYERLAHKAN KUASA RAMBUT

    Koleksi penjagaan rambut yang lengkap dengan pendekatan tiga aspek untuk rawatan rambut yang berkesan: Menjaga, Merawat, Menggaya.