Menggiatkan semula masa depan kulit anda
ARTISTRY YOUTH XTEND ULTRA Pekatan Serum Mata Penegang
Pati Serum Penegang Mata ARTISTRY YOUTH XTEND ULTRA menampilkan rumusan berkilau dan ringan yang menghidratkan sebaik sahaja bersentuhan dan lama-kelamaan memberikan kesan berpanjangan. Pati Serum Penegang Mata memberikan kawasan di sekeliling mata rawatan yang melegakan seperti spa.
PEJALKAN DAN TEGANGKAN KAWASAN MATA ANDA
Pati Serum Penegang Mata ARTISTRY YOUTH XTEND ULTRA diperkaya dengan Kompleks Kaviar Merah dipatenkan yang membantu membina semula struktur mikro permukaan kulit untuk kelihatan pejal dan tegang. Ia juga mengandungi Peptida Mikro X-6 ARTISTRY yang eksklusif. Menampilkan bahan penegang mikro, seperti Kek Biji Bunga Matahari, Ekstrak Barli dan Timun, Pati Serum Penegang Mata ARTISTRY YOUTH XTEND ULTRA membantu menggalakkan pembentukan lipid yang berlaku secara semula jadi di lapisan permukaan kulit paling dalam. Ia mempunyai rumusan yang menyuburkan dan tanpa haruman menghidrat sebaik sahaja bersentuhan.
KEKAL MUDA SEPANJANG MASA
Pati Serum Penegang Mata ARTISTRY YOUTH XTEND ULTRA mengurangkan pembentukan garis halus dan kedutan. Selepas sekali penggunaan, anda akan melihat kulit di sekeliling mata anda rasa lebih pejal. Lipidnya yang dihasilkan secara semula jadi membantu menyokong dan mengampu struktur mikro permukaan kulit untuk memberikan anda kontur wajah yang lebih menyerlah.
MENGGUNAKAN SUMBER SEMULA JADI UNTUK MENGGIATKAN SEMULA KULIT
Saintis ARTISTRY menemui Kompleks Kaviar Merah, bahan berkuasa yang menentang penuaan. Kaya dengan campuran antipenuaan pelbagai fungsi, setiap titis membersih secara mikro jauh ke dalam lapisan permukaan kulit. Hasilnya, penampilan kerosakan terkumpul disingkirkan dan struktur mikro permukaan kulit mula dibina semula. Pati Serum Penegang Mata ARTISTRY YOUTH XTEND ULTRA menggiatkan semula kulit anda, dengan penampilan yang nampak tegang dan seri baru yang menakjubkan.
KEKAL MUDA DENGAN ARTISTRY
Ketika kulit menua, proses dalaman berlaku; contohnya glikasi, proses semula jadi apabila gula dalam aliran darah melekat kepada protein lalu membentuk molekul baru yang tidak sihat, menghasilkan pembentukan kedutan, kenduran dan kehilangan seri. Koleksi YOUTH XTEND ULTRA ialah koleksi termaju penjagaan kulit yang sangat memanjakan dan sangat kaya yang dibangunkan untuk memenuhi keperluan kulit matang. Rumusan yang direka khas ini menjaga kulit menua dengan lembut dengan membantu kulit mengekalkan permukaan struktur mikro yang lebih muda dan menyokong rangkaian. Anda akan melihat hasil segera dan lama-kelamaan. Dalam 1 penggunaan, 94% wanita menunjukkan peningkatan dalam kelicinan. Dalam 2 mingggu, 87% wanita melihat keserian yang lebih muda. Dalam 4 minggu, 89% wanita melihat peningkatan dalam kegebuan kulit. Dalam 8 minggu, 97% wanita mengalami pengurangan dalam warna kulit yang kekuningan disebabkan penuaan. Dalam 12 minggu, 80% wanita melihat penampilan yang tegang.
Cara Mengguna
  • Sebelum menggunakan produk, goncang perlahan-lahan kemudian buka penutup.
  • Tekan dan lepaskan butang perlahan-lahan untuk menyedut produk ke dalam penitis. Hati-hati supaya tidak menggunakan produk terus pada mata menggunakan penitis.
  • Tekan butang perlahan-lahan untuk mendispens setitik ke atas jari manis anda.
  • Sapu sedikit di bawah mata dan keliling tulang orbit, elak daripada terkena mata.
  • Sapukannya pagi dan malam.
  • Disusuli dengan Krim Mata Memperkaya ARTISTRY YOUTH XTEND.
  • Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan gunakan produk di luar tujuan yang dimaksudkan.
  • Elakkan terkena mata.
  • Hentikan penggunaan serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika kerengsaan kulit berlaku.
  • Jangan sapu pada kulit yang merekah.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
    Kandungan
    15ml
    Bahan-bahan
    Air/Akua/Eau, Glisrin, Butilena Glikol, Polymethyl Methacrylate, Triethylhexanoin, Dimethicone, Cyclopentasiloxane, Bis-PEG-18 Methyl Ether Dimethyl Silane, Polysilicone-11, Arginine, Carbomer, Chlorphenesin, Propylene Glycol Dicaprate, Methylparaben, Mika (CI 77019), Panthenol, Titanium Dioksida (CI 77891), Allantoin, Helianthus Annuus (Bunga Matahari) Seedcake, Pullulan, Lesitin, Lesitin Berhidrogen, EKstrak Buah Malpighia Emarginata (Aserola), Isohexadecane, Phenoxyethanol, Laktosa, Ekstrak Kernel Avena Sativa (Oat), Tetrahexyldecyl Ascorbate, Dipotassium Glycyrrhizate, Disodium EDTA, Minyak Biji Ricinus Communis (Kastor), Ammonium Polyacryloyldimethyl Taurate, Ekstrak Alga, Natrium Hialuronat, Caprylic/ Capric Triglyceride, Hesperidin Methyl Chalcone, Tocopheryl Acetate, Protein Whey, Ekstrak Laminaria Digitata, Ekstrak Ragi, Ekstrak Hordeum Vulgare, Polysorbate 80, Steareth-20, Polysorbate 20, Ekstrak Chlorella Vulgaris, Propilena Glikol, Stearyl Glycyrrhetinate, Asid Laktik, Minyak Glycine Soja (Kacang Soya), Acetyl Hydroxyproline, Ekstrak Undaria Pinnatifida, MInyak Biji Limnanthes Alba (Meadowfoam), Seramida NP, Ekstrak Buah Cucumis Sativus (Timun), Natrium Benzoat, Beta-Sitosterol, Natrium Sitrat, Ekstrak Biji Oenothera Biennis (Evening Primrose), Potassium Sorbat, Ethylhexylglycerin, Minyak Biji Perilla Ocymoides, Sericin, Asid Sorbik, Minyak Oenothera Biennis (Evening Primrose), Kaffein, Ekstrak Centella Asiatica, Asid Poliglutamik, Minyak Biji Salvia Hispanica, Natrium Laktat, Dipeptide-2, Ethylparaben, Propylparaben, Ekstrak Daun Rosmarinus Officinalis (Rosemary), Tocopherol, Asid Sitrik, Minyak Biji Helianthus Annuus (Bunga Matahari), Ekstrak Telur Salmon, Palmitoyl Tetrapeptide-7, MInyak Zea Mays (Jagung), Methylisothiazolinone, Minyak Biji Sesamum Indicum (Bijan), Minyak Biji Macadamia Integrifolia, Minyak Buah Olea Europaea (Zaitun), Palmitoyl Hexapeptide-15, BHT, TBHQ.

    KOMPLEKS KAVIAR MERAH DARI ALAM SEMULA JADI UNTUK KULIT YANG TEGANG, BERSERI

    Dapatkan semula kulit yang tegang dan pejal secara dramatik serta seri kemerah-merahan dengan Kompleks Kaviar Merah ARTISTRY yang eksklusif.