MENYUBURKAN, MELINDUNGI DAN MENYEGARKAN KULIT ANDA DENGAN SELAMAT
G&H REFRESH+ Krim Badan
Krim Badan G&H Refresh+ menjadikan kulit terasa lembap sehingga 24 jam, memberikan anda kulit yang lembut dan licin hanya selepas sekali guna.
CAMPURAN REFRESH+ YANG EKSKLUSIF
Rumusan G&H REFRESH+ terdiri daripada adunan bahan yang dihasilkan secara semula jadi dan bahan botani menarik seperti : (i) Aloe - Membantu untuk mengekalkan lembapan walau pun dalam keadaan kering. Aloe digunakan untuk melegakan ketidakselesaan kulit dan terkenal kerana kuasa melegakannya; (ii) Ekstrak Biji Anggur - Dihasilkan daripada serbuk biji anggur merah yang mengandungi 20 kali kuasa perlindungan Vitamin E; (iii) Ekstrak Teh Hijau - Kaya dengan antioksidan dan membantu mencegah kerosakan alam sekitar.
MENYEGARKAN DAN MENGHIDRATKAN DI SAMPING MELEGAKAN KULIT
Krim Badan G&H Refresh+ mengandungi rumusan unik, ringan dan kaya lembapan yang membantu untuk menyegarkan kulit di samping menjadikannya tampak sihat, licin dan terhidrat.Krim badan ini mudah disapu dan diserap dengan segera ke dalam kulit anda, membuat kulit anda terasa lembap sehingga 24 jam selepas sekali penggunaan.
KOLEKSI PENJAGAAN BADAN G&H
Penjagaan badan G&H ditawarkan dalam tiga koleksi pelengkap: Nourish+, Refresh+ dan Protect+. Setiap satu menampilkan adunan eksklusif bahan botani. NOURISH+ Rumusan memperkaya untuk membantu menyuburkan, menenangkan dan mengekalkan kulit yang tampak sihat. REFRESH+ Rumusan seimbang untuk membantu menyegarkan dan menghidratkan di samping melegakan kulit. PROTECT+ Rumusan tanpa risau untuk membantu melindungi daripada bau, kotoran dan kebasahan.
Cara Mengguna
  • Pamkan sejumlah yang dikehendaki pada tangan.
  • Urut pada kulit sehingga diserap.
  • Guna setiap hari atau sekerap yang dikehendaki.
  • Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan guna produk selain daripada maksud kegunaannya.
  • Elakkan sentuhan langsung dengan mata.
  • Berhenti guna dengan serta-merta dan berjumpa doktor jika berlaku kerengsaan kulit.
  • Jangan letak pada kulit yang luka.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
    Kandungan
    400ml
    Bahan-bahan
    WATER, BUTYROSPERMUM PARKII (SHEA) BUTTER, CAPRYLIC/CAPRIC TRIGLYCERIDE, GLYCERIN, NEOPENTYL GLYCOL DIHEPTANOATE, DIMETHICONE, GLYCERYL STEARATE, PEG-100 STEARATE, PHENOXYETHANOL, CETYL ALCOHOL, FRAGRANCE/PARFUM, METHYLPARABEN, SODIUM POLYACRYLATE, BUTYLENE GLYCOL, HONEY, XANTHAN GUM, ALOE BARBADENSIS LEAF JUICE, PROPYLPARABEN, CYCLOPENTASILOXANE, ETHYLPARABEN, TRIDECETH-6, PEG/PPG-18/18 DIMETHICONE, VITIS VINIFERA (GRAPE) SEED EXTRACT, SORBITOL, ASCORBIC ACID, CAMELLIA SINENSIS LEAF EXTRACT, POTASSIUM SORBATE, SODIUM HYDROXIDE, SODIUM BENZOATE, CITRIC ACID, LIMONENE, HEXYL CINNAMAL, BENZYL SALICYLATE, LINALOOL, BUTYLPHENYL METHYLPROPIONAL, GERANIOL, CITRONELLOL, CITRAL.

    KULIT SIHAT, NYAMAN DAN LEMBUT

    Dirumus dengan gabungan eksklusif bahan-bahan botani semula jadi, ia sesuai untuk semua jenis kulit dan peringkat umur, pilihan tepat untuk seisi keluarga.