MENYERLAHKAN MATA ANDA
Kuad Pembayang Mata Signature Color ARTISTRY - Pink Chocolate
Kuad Pembayang Mata ARTISTRY SIGNATURE COLOR menampilkan gabungan warna spektrum yang cantik, daripada lembut ke terang yang menyerlahkan mata anda. Ia tahan lama dan tidak pudar untuk penampilan yang pelbagai yang berkekalan dari siang ke malam. Kuad pembayang mata yang serba boleh ini, dengan teknologi memantulkan cahaya, didatangkan dalam bentuk serbuk yang membolehkan anda mencuba rekaan kemasan pelbagai dimensi yang kusam, berkilau dan metalik. Guna dengan Kompak ARTISTRY SIGNATURE COLOR (1183983), dijual berasingan.
PALET YANG MUDAH DITUKAR DENGAN KOMPAK BOLEH DIISI SEMULA
Kuad Pembayang Mata ARTISTRY SIGNATURE COLOR didatangkan dengan kompak boleh diisi semula (dijual berasingan) membolehkan palet dimasukkan dan dikeluarkan dengan mudah. Terdapat dalam lima warna yang cantik: Natural Glow, Pink Chocolate, Plumberry, Smoky, Spice Bronze.
RUMUSAN TAHAN LAMA UNTUK KUASA KEKAL YANG UNGGUL
Kuad Pembayang Mata ARTISTRY SIGNATURE COLOR mengandungi rumusan tahan lama dan bak baldu yang meluncur dengan cantik dan bercampur dengan mudah. Warna pralaras membuatkan anda mencampur dan memadankan tanpa kesilapan. Warna boleh dicampur untuk mencipta penampilan tanpa had!
RAMBANG MATA DENGAN PELBAGAI PILIHAN SPEKTRUM WARNA
Kuad Pembayang Mata ARTISTRY SIGNATURE COLOR didatangkan dalam lima pilihan palet: Natural Glow, koleksi perang lembut dengan sentuhan ros emas dan perang espresso gelap: [bullet] Lembut, kuning air krim (berkilau). [bullet] Perang lembut berkilau (metalik). [bullet] Kayu manis yang bercahaya (berkilat). [bullet] Perang espresso gelap (pusam). Pink Chocolate, koleksi merah jambu kuning air, merah jambu lembut dan coklat gelap. [bullet] Lembut, berwarna kuning air merah jambu (berkilau). [bullet] Café au lait berseri (metalik). [bullet] Lembut, merah jambu, ballet (metalik). [bullet] Gelap, coklat perang dengan kilauan tembaga (metalik). Plumberry, koleksi merah senduduk berdebu, merah jambu lembut, ungu lembayung metalik dan plum gelap. [bullet] Pucat berseri, mutiara merah jambu (berkilau). [bullet] Merah senduduk berdebu (berkilau). [bullet]Tembaga ungu lembayung (metalik). [bullet] Kaya, plum gelap (pusam). Smoky, koleksi putih, kelabu kebiruan, perak dan arang yang berkilauan. [bullet] Keemasan memantulkan putih (berkilauan). [bullet] Berdebu, kelabu kebiruan yang berseri (berkilauan). [bullet] Perak berkilauan (metalik). [bullet] Biru arang gelap (berkilauan). Spice bronze, koleksi kuning air keemasan, gangsa antik, tembaga kuning jingga dan gangsa gelap. [bullet] Pucat, kuning air keemaasan (berkilauan).Garang, gangsa antik (metalik). [bullet] Berkilau, tembaga kuning jingga (metalik). [bullet] Keemasan, gangsa gelap (berkilau).
Cara Mengguna
  • Guna warna terbesar, paling lembut sebagai penyerlah pada seluruh kelopak mata, dari garis bulu mata ke bawah bulu kening.
  • Lakukannya dari kiri ke kanan baris bawah; tambahkan warna pada belah kiri sebagai kontur dalam lipatan dan penjuru luar mata.
  • Serlahkan dengan warna tengah: sapu ke bahagian tengah kelopak, mencampur ke luar ke arah penjuru.
  • Sudahi dengan warna gelap di belah kanan untuk memperjelaskan, palitkan di sepanjang garisan bulu mata atas.
  • Petua: mula dengan lapisan nipis, perlahan-lahan tambah untuk jadikan warna pekat yang diingini.
  • Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan gunakan produk di luar tujuan yang dimaksudkan.
  • Elakkan terkena mata.
  • Hentikan penggunaan serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika kerengsaan kulit berlaku.
  • Jangan sapu pada kulit yang merekah.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
    Berat
    7.5g
    Bahan-bahan
    Talkum, Mika (CI 77019), Dimethicone, Zink Stearat, Synthetic Fluorphlogopite, Octyldodecyl Stearate, Octyldodecyl Stearoyl Stearate, Phenoxyethanol, Caprylyl Glycol, Silika, Tin Oxide, Ekstrak Lavandula Angustifolia, Kalsium Natrium Borosilikat. Mungkin Mengandungi (+/-): [Carmine (CI 75470), Kromium Oksida Greens (CI 77288), Ferric Ammonium Ferrocyanide (CI 77510), Iron Oxides (CI 77491, CI 77492, CI 77499), Manganese Violet (CI 77742), Titanium Dioksida (CI 77891), Ultramarines (CI 77007), Yellow 5 Lake (CI 19140)].

    WARNA, TEKSTUR DAN KEMASAN YANG MENAWAN

    Serlahkan lagi kecantikan anda dengan rangkaian koleksi mekap kami.