Kawaii Cool

Oh-So-Cheeky Blusher - Kimono Coral

Gunakan mana-mana rona pada pipi untuk sentuhan kemerahan yang pantas. Serikan wajah anda dengan rona Nude sebagai penyerlah pada dahi dan bahagian atas tulang pipi atau sapu di mana-mana sahaja untuk kilauan menyeluruh.

Untuk memastikan kebersihan, pemerah didatangkan dalam keadaan terkunci. Putar untuk membuka kunci buat kali pertama. Kunci semula apabila berpergian.

Rona:
  • Kimono Coral
    (merah jambu merjan yang lembut)
  • Kimono Nude
    (neutral hangat dengan sedikit kilauan)
  • Kimono Pink
    (ros terang)

Artistry Studio

Tokyo Edition

Diterangi warna-warna yang segar lagi moden di Jepun, ARTISTRY STUDIO Tokyo Edition mengabadikan fesyen yang menceriakan dan semangat yang lincah daripada kota metropolis yang sibuk ini.
Diinspirasikan oleh hiburan yang mengasyikkan di Tokyo dan kawasan membeli-belah di Shibuya, Ginza dan Harajuku, koleksi mekap ini juga menonjolkan warna-warna kimono dan bunga sakura yang cantik pada musim bunga.

Artistry Studio

ARTISTRY STUDIO terdiri daripada satu siri koleksi kecantikan yang diilhamkan oleh kota-kota terhebat di dunia dan gaya hidupnya – dari seni ke budaya dan fesyen. Ia mengabadikan apa yang menjadikan setiap kota ini berkembang maju, getaran dan nadinya, dan membawakan kepada anda warna dan tekstur yang mewakilinya.

#ArtistryStudio #passionista #WearItShareIt

Maklumat Lanjut

Nasihat / Langkah Keselamatan

  • Jangan gunakan produk selain daripada tujuannya.
  • Elakkan daripada terkena mata.
  • Hentikan penggunaannya dengan segera dan berjumpa doktor sekiranya berlaku kerengsaan kulit.
  • Jangan guna pada kulit merekah.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.

Penyimpanan

Tutup ketat selepas digunakan dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.

2.5 ml