Aloe Care
Aloe vera (lidah buaya) dalam gel aloe vera ini diperoleh daripada ladang aloe Terry Laboratories seluas 7,000 ekar. Sebagai pengeluar yang bersepadu, Terry Laboratories mampu mengeluarkan dan memproses sumber aloe vera berkualiti tinggi secara konsisten.

ALOE CARE Natural Aloe Vera Gel dilabel sebagai bukan komedogenik dan telah diuji oleh pakar dermatologi dari segi alahan — sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.
GEL PELBAGAI GUNA UNTUK PELBAGAI MASALAH KULIT
ALOE CARE Natural Aloe Vera Gel ialah gel aloe vera pelbagai guna yang boleh menyembuhkan luka. Bersifat antiradang dan antibakteria, gel aloe vera ini melegakan kesakitan dan berkesan atas kulit melepuh, luka ringan dan jerawat.

Bahan dalam gel aloe vera ini diperoleh daripada 100% daun Aloe Vera Barbadensis tulen, salah satu jenis daun yang terbaik. Ia juga mengandungi Gliseril yang menambah kepekatan gel dan memberikan pelembapan yang baik, serta mengandungi kelarutan air yang bagus dan tidak berminyak.
MERANGSANG PENJANAAN SEMULA SEL & BERKESAN UNTUK PELBAGAI MASALAH KULIT
ALOE CARE Natural Aloe Vera Gel berkesan atas kulit melepuh dan luka ringan. Diperbuat daripada 99% gel Aloe Vera tulen dengan tambahan Gliseril, ia boleh digunakan sebagai pelembap kulit atau perapi jerawat.

Aloe Vera dikenali dengan kemampuan mempercepatkan pertumbuhan sel dan penjagaan semula. Fakta ini disokong oleh kajian aktiviti biologi ke atas gel tersebut. Gel aloe vera ini melindungi kulit anda daripada sinaran matahari, dan juga cepat diserap kulit untuk sentiasa mempunyai rasa yang lembut dan licin.
Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan gunakan produk di luar tujuan yang dimaksudkan.
  • Elakkan terkena mata.
  • Hentikan penggunaan serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika kerengsaan kulit berlaku.
  • Jangan sapu pada kulit yang merekah.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
    Kandungan
    75ml
    Bahan-bahan
    Ekstrak Daun Aloe Barbadensis (99%) Glyceryl Polymethacrylate (0.6%), Propilena Glikol (0.4%).
    Pensijilan
    Disahkan oleh IISC untuk 100% ketulenan dan kualiti kandungan aloe vera digunakan, dan USDA/IFOAM organik untuk pertumbuhan tumbuhan aloe vera yang organik, dan OU Kosher kerana tidak menggunaan bahan atau terbitan daripada haiwan.