Floor Shine Floor Cleaner
Kembalikan kilauan lantai anda dalam masa yang singkat dengan Floor Shine Floor Cleaner. Hilangkan kotoran di samping menghapuskan bakteria dengan pencuci lantai yang mesti dimiliki ini. Lupakan rasa melekit pada lantai kotor dan nikmati bau yang menyegarkan daripada Floor Shine Floor Cleaner!
SANITASI LANTAI ANDA DENGAN KEMASAN YANG BERKILAU
Formula tanpa bilasan dengan campuran khas, Floor Shine Floor Cleaner memastikan lantai anda dibersihkan dengan kemasan berkilat serta melindungi dengan kemasan lilin. Sifatnya yang serba boleh sememangnya sesuai untuk semua lantai yang boleh dibersihkan dengan air seperti marmar, granit, parket, simen, jubin, mozek.
PEMBERSIHAN ANDA SEMAKIN MUDAH
Floor Shine Floor Cleaner lebih berkesan dan memudahkan kerja pembersihan pada masa akan datang. Ia melindungi dan menjadikan lantai bersih dan berkilat serta meninggalkan bau yang berpanjangan lagi menyegarkan. Floor Shine Floor Cleaner mengandungi Triclosan, bahan aktif yang berkesan menghapuskan kuman dan bakteria di samping menembusi gris dan kotoran dengan mudah. Ia didatangkan dengan 1L botol dan boleh digunakan sehingga 50 penggunaan.
Cara Mengguna
  • Goncang sebelum digunakan.
  • Cairkan satu penutup penuh (20 ml) dalam lapan hingga 10 liter air.
  • Tiada bilas diperlukan.
  • Nasihat/Langkah Berjaga-jaga
  • Elakkan dari terkena mata.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Ketatkan penutup selepas guna.
    Tarikh Pengeluaran/Luput
    Jangka hayat produk ini adalah tiga tahun dari tarikh pengeluaran. Tarikh pengeluaran tertera pada bungkusan produk.
    Kandungan
    1L
    Bahan-bahan
    Triclosan (Bahan Aktif Formula Antibakteria).
    Penafian/Nasihat Undang-undang
  • Produk ini tidak bertujuan untuk pencegahan dan rawatan penyakit.
  • Produk ini telah diimport mengikut peraturan tempatan.
  • KEHIDUPAN YANG SIHAT BERMULA DENGAN KEDIAMAN YANG BERSIH

    Amway Home memberikan cara pembersihan yang lebih sihat dan lebih selamat dengan produk mesra alam dan mesra bio. Pastikan rumah anda bersih dan selamat dengan penyelesaian pembersihan pekat yang diperbuat daripada bahan semula jadi, selamat dan berkesan ini.