SUDZY Gel Mandian
SUDZY Bath Gel ialah produk yang sangat lembut dan tidak mengandungi sabun yang mempunyai rumusan pH seimbang bagi memastikan ia membersih dengan lembut tanpa merengsa kulit sensitif atau halus. Rumusan yang tidak mengandungi sabun ini digabungkan dengan kehadiran Aloe Vera yang melega dan menenangkan kerengsaan. SUDZY Bath Gel diiuji secara dermatologi. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
KAYA DENGAN MINERAL PENYEMBUH, LEMBUT & ANTIRADANG
SUDZY Bath Gel mengandungi 100% gel Aloe Vera kaya mineral tulen. Aloe Vera telah digunakan selama berabad-abad kerana kuasa penyembuhnya, ciri-ciri kelembutan yang menenangkan dan antiradang. Ia juga bertindak sebagai agen pembersih lembut dirumuskan khas untuk bayi dan kanak-kanak.
MANJAKAN KULIT ANDA UNTUK DAPATKAN KULIT LEMBUT
SUDZY Bath Gel membersih kulit halus dengan lembut tanpa menyebabkan kekeringan, ketegangan atau kerengsaan. Manjakan kulit halus dengan sifat-sifat gel Aloe Vera tulen yang menenangkan, antibakteria dan sangat melembapkan untuk kulit yang lembut dan rapi.
Cara Mengguna
  • Picit ke atas tangan atau span.
  • Buih dan bilas.
  • Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan gunakan produk di luar tujuan yang dimaksudkan.
  • Elakkan terkena mata.
  • Hentikan penggunaan serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika kerengsaan kulit berlaku.
  • Jangan sapu pada kulit yang merekah.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
    Kandungan
    275ml
    Bahan-bahan
    Air, Ammonium Laureth Sulfat, Disodium Laureth Sulfosuccinate, Lauryldimethyl Betaine, Polyquaternium-7, Gliserin, Cocamide DEA, Gel Aloe Vera Tulen, Wangian, Kathon CG, Asid Sitrik.