Oven Pembuat Roti/Pembakar Noxxa
Noxxa BreadMaker Oven Toaster membolehkan anda menikmati aroma roti yang baru dibakar setiap pagi atau pada bila-bila masa dengan pembuat roti yang berbilang fungsi ini. Ia melakukan tugas untuk anda dari menguli, mengembangkan doh hinggalah membakar roti, ban, kek, pastri, biskut, ayam panggang, ikan bakar, roti bakar bawang putih yang garing dan banyak lagi. Anda juga boleh menjimatkan ruang kaunter di dapur anda.
JIMATKAN MASA DENGAN CIRI-CIRI INI
Noxxa BreadMaker Oven Toaster didatangkan dengan ciri-ciri berikut untuk memudahkan proses membuat roti: (1) Skrin paparan LCD dengan lampu belakang; (2) Lampu ketuhar untuk melihat dengan mudah; (3) Panel kawalan yang mesra pengguna dengan tombol putar boleh laras; (4) Butang besar untuk pengendalian yang mudah; (5) Fungsi PAUSE apabila pintu ketuhar dibuka – untuk memeriksa doh atau makanan pada bila-bila masa tanpa mengganggu program.
KETUHAR MEMBUAT ROTI SEMUA DALAM SATU
Noxxa BreadMaker Oven Toaster mempunyai banyak fungsi termasuklah: (1) Fungsi Mesin Roti: (i) Pilihan berat buku roti dan warna kerak – pilih dari 3 saiz buku roti (1.0 lb, 1.5 lb, 2.0 lb) mengikut resipi anda dan pilih warna kerak sama ada cerah, sederhana, atau gelap (ii) 12 program roti (8 roti, 1 kek, 2 doh dan 1 mengadun) (iii) Pemasa Tunda sehingga 13 jam (iv) Mengekalkan kehangatan secara automatik selama 1 jam selepas roti siap dibakar (2) Fungsi Oven: (i) Prapanas, bakar, panggang, nyahbeku dan kekal hangat dengan tetapan suhu dari 40°C-260°C (ii) Fungsi panggang pada 260°C – untuk memanggang ikan, sate atau kepak ayam (3) Fungsi Pembakar Roti: (i) Pilihan untuk membakar 2 – 4 keping roti dengan pilihan warna kerak
Pelanggan Sasaran
Mereka yang suka makan roti yang baru dibakar, suka memasak dan membuat kek, lebih menggemari roti, kek, biskut buatan sendiri dan mereka yang ingin membuat sendiri sajian untuk keluarga mereka.
Nasihat/Langkah Berjaga-jaga
  • Bukan untuk digunakan oleh kanak-kanak tanpa pengawasan.
  • Pasangkan plag ke sumber kuasa langsung. Jangan gunakan kord penyambung.
  • Penyimpanan
    Simpan di tempat yang kering.
    Kapasiti Ketuhar
    17.6L
    Kapasiti/Bentuk Buku Roti
    1 - 2.0lbs | Mendatar
    Saiz/Dimensi
    Dimensi: 48.0cm (P) x 33.3cm (L) x 31.5cm (T)
    Berat
    11.4kg
    Penggunaan Tenaga
    1372 – 1633W
    Maklumat Waranti
    Waranti 1 tahun terhadap kerosakan pengilangan. (Sila ambil perhatian bahawa peralatan ini hanya untuk KEGUNAAN DI RUMAH sahaja.)
    Pensijilan
    Suruhanjaya Tenaga and SIRIM
    Negara Asal
    China

    MEMUDAHKAN HIDUP ANDA

    Pilihan pelbagai produk yang meningkatkan kehidupan dan membawakan kesenangan ke dalam rumah anda.