Notis Privasi Amway untuk Pemilik Perniagaan Amway, Pelanggan Istimewa Amway, dan Pelawat Laman Web Amway

Notis Privasi ini menjelaskan cara Amway (B) Sdn. Bhd. [No. 6 & 7, Block A Shakirin Complex, Kampong Kiulap, Bandar Seri Begawan BE1518, Brunei] (“Amway” atau “kami” atau “kita”) menggunakan data peribadi yang dikumpul atau diterima daripada para Pemilik Perniagaan Amway (“ABO” atau “anda”), Pelanggan Istimewa Amway (“APC” atau “anda”) atau Pelawat Laman Web (“Pelawat Laman” atau “anda”). Notis ini menjelaskan cara kami mengumpul atau menerima data peribadi anda, jenis data peribadi yang kami proses, cara kami menggunakan, berkongsi dan melindungi data ini, tempoh kami menyimpan data ini, hak anda berhubung pemprosesan data peribadi anda dan cara anda boleh menghubungi kami mengenai amalan privasi kami.


Cara Kami Mengumpul dan Menerima Data Peribadi daripada Anda

Apabila kami meminta anda memberikan kepada kami data peribadi anda, kami akan menyatakan sama ada penyediaan data peribadi itu adalah syarat statutori atau kontraktual atau syarat yang diperlukan untuk mengikat dan/atau memudahkan sesebuah kontrak, serta sama ada anda bertanggungjawab menyediakan data peribadi dan kemungkinan akibat kegagalan menyediakan data peribadi itu.

Amway mengumpul dan menerima data peribadi dalam pelbagai cara, seperti:

- Pendaftaran. Amway mengumpul data peribadi anda melalui borang pendaftaran yang anda telah lengkapkan untuk menjadi ABO atau APC.
- Log masuk sebagai ABO. Kami mengumpul data peribadi anda yang anda berikan kepada kami apabila menggunakan Laman Web atau Aplikasi jika anda telah log masuk ke Laman Web atau Aplikasi sebagai ABO. Sebagai contoh, kami mengumpul data peribadi anda semasa anda membeli produk atau perkhidmatan.
- Log masuk sebagai APC. Kami mengumpul data peribadi anda yang anda berikan kepada kami apabila menggunakan Laman Web atau Aplikasi jika anda telah log masuk ke Laman Web atau Aplikasi sebagai APC. Sebagai contoh, kami mengumpul data peribadi anda semasa anda membeli produk atau perkhidmatan.
- Menghubungi Kami. Apabila anda menghubungi kami melalui pelbagai saluran komunikasi yang disediakan di halaman web “Hubungi Kami” Laman Web atau Aplikasi, kami mengumpul data peribadi dan maklumat lain yang anda sediakan. Contoh data peribadi berkenaan termasuk alamat e-mel, nombor telefon atau borang dalam talian Amway.
- Kuki. Kami juga menggunakan kuki atau teknologi serupa yang mengumpul maklumat penggunaan Laman Web tertentu apabila anda mengakses, melihat dan menggunakan Laman Web. Kuki ialah fail data yang diletakkan pada komputer atau peranti mudah alih apabila ia digunakan untuk melawat tapak web. Selagi anda tidak log masuk ke perkhidmatan kami, data anda adalah tanpa nama dan kami tidak boleh memautkan sebarang maklumat yang diberikan kepada anda.

Anda boleh melumpuhkan kuki dalam tetapan penyemak imbas anda (cth., di bawah ciri "Keutamaan" atau "Pilihan Internet" penyemak imbas anda). Walau bagaimanapun, ambil perhatian bahawa beberapa ciri Laman Web mungkin tidak berfungsi dengan baik jika anda melumpuhkan penggunaan kuki. Untuk maklumat terperinci tentang cara mengurus atau memadam kuki, lawati https://www.aboutcookies.com.


Jenis Data Peribadi berkaitan dengan ABO yang Kami Proses

Sekirannya anda mendaftar sebagai ABO, kami memproses data peribadi berikut yang berkaitan dengan anda:

Maklumat perhubungan (mis., nama, alamat surat-menyurat atau e-mel, dan nombor telefon);
Jika berkenaan, maklumat entity sah ABO (mis., nama syarikat yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan Amway, butiran pemilikan dan pengurusan);
Maklumat demografik termasuk, tetapi tidak terhad kepada, jantina, umur, kewarganegaraan, dan tarikh lahir;
Status perkahwinan;
Nombor pendaftaran ABO dan dan log masuk atau kelayakan akses (seperti ID Amway dan kata laluan);
Pengenal negara, seperti pasport atau kad pengenalan (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, nombor, tarikh dikeluarkan, tempat dikeluarkan dan tarikh tamat), nombor cukai atau keselamatan sosial setakat mana yang dibenarkan atau dikehendaki di bawah undang-undang terpakai atau jika perlu untuk pelaksanaan tanggungjawab kontraktual;
Maklumat pembayaran (mis., nombor akaun bank, kad debit atau kredit, pembekal perkhidmatan pembayaran);
Maklumat prestasi ABO (mis., kelas, status, kelayakan kumpulan dan perseorangan di bawah Pelan Penjualan dan Pemasaran Amway serta sejarah bonus Amway);
Pilihan produk, tabiat pembelian, sejarah pembelian dan tingkah laku berbelanja;
Penyertaan dalam program dan promosi; dan
Pilihan komunikasi.


Jenis Data Peribadi berkaitan dengan APC yang Kami Proses

Sekirannya anda mendaftar sebagai APC secara langsung dengan Amway, kami memproses data peribadi berikut yang berkaitan dengan anda:

Maklumat perhubungan (mis., nama, alamat surat-menyurat atau e-mel, dan nombor telefon);
Maklumat demografik termasuk, tetapi tidak terhad kepada, jantina, umur, kewarganegaraan, dan tarikh lahir;
Nombor pendaftaran APC dan log masuk atau kelayakan akses (seperti ID Amway dan kata laluan);
Status perkahwinan;
Maklumat pembayaran (mis., nombor akaun bank, kad debit atau kredit, pembekal perkhidmatan pembayaran);
Pilihan produk, tabiat pembelian, sejarah pembelian dan tingkah laku berbelanja; dan
Pilihan komunikasi.


Selain itu, kami mengumpul butiran kenalan anda seperti nama, alamat e-mel, alamat, dan/atau nombor telefon anda apabila anda berkomunikasi dengan kami melalui pelbagai saluran komunikasi. Anda juga boleh secara sukarela menyediakan data peribadi lain berhubung pertanyaan atau ulasan anda. Walau bagaimanapun, kami menggalakkan anda agar tidak menyediakan data peribadi berkaitan anda selain yang diperlukan supaya kami dapat memberikan respons yang sesuai dengan pertanyaan dan ulasan anda.

Kami boleh memproses data peribadi lain dalam keadaan luar biasa sahaja. Jika kami perlu memproses jenis data peribadi yang lain mengenai anda, kami akan memastikan anda dimaklumkan berhubung pemprosesan data peribadi berkenaan dan mempunyai asas undang-undang yang sah untuk berbuat demikain (mis., kebenaran anda).


Cara Kami Menggunakan Data Peribadi berkaitan dengan ABO yang Kami Kumpul

Kami hanya memproses data peribadi anda setakat yang diperlukan:

(i) (i) Untuk pelaksanaan perjanjian dengan kami atau untuk mengambil langkah-langkah atas permintaan anda sebelum mengikat perjanjian dengan kami, termasuk untuk:
Mengurus hubungan anda dengan kami sebagai ABO dari awal pendaftaran dan sepanjang masa anda sebagai ABO, serta sebarang pada status anda (cth. menjadi APC);
Memupuk dan mengekalkan hubungan antara syarikat gabungan tempatan anda dan anda;
Mencipta dan mengurus akaun anda;
Menangani ulasan atau pertanyaan anda;
Memproses pesanan produk atau perkhidmatan anda;
Memenuhi kewajipan kami untuk menyediakan sokongan perniagaan dan produk kepada anda;
Berkomunikasi dengan anda mengenai produk atau perkhidmatan yang kami tawarkan atau berniat untuk tawarkan;r>
Menilai prestasi anda di bawah Perjanjian Pendaftaran Peniagaan Amway anda dengan kami;
Memberi maklumat prestasi perniagaan kepada anda;
Memberi maklumat perhubungan anda, maklumat pengenalan perniagaan dan prestasi perniagaan anda kepada ABO atasan, dan maklumat perhubungan kepada ABO bawahan agar dapat menyokong perniagaan anda dengan Amway;
Menyediakan maklumat tentang produk pilihan dan portfolio produk, penyertaan dalam program dan promosi, penggunaan proses pesanan tetap (SOP) kepada ABO atasan untuk menyokong kejayaan perniagaan anda dan kumpulan anda;
Melaksanakan aktiviti perakaunan, pengauditan, bil dan kutipan; dan
Menguatkuasakan terma dan syarat kontraktual, termasuk tanpa had, Peraturan Tatacara & Tingkah Laku Amway yang terpakai.

(ii)

Untuk mematuhi tanggungjawab undang-undang kami, termasuk untuk:
Mematuhi undang-undang yang menghendaki kami menyimpan rekod; dan
Mematuhi mana-mana undang-undang lain yang terpakai kepada kami.

(iii)

Untuk tujuan kepentingan sah kami, termasuk untuk:
Mengendali, menilai dan menambah baik produk, perniagaan dan perkhidmatan kami, termasuk dengan:
- Menjejaki dan menganalisis penggunaan produk, bahan, dan/atau perkhidmatan oleh anda;
- Menyahkenal pasti data peribadi anda untuk melaksanakan analisis ke atas maklumat yang tidak mengenali anda; dan
- Membangunkan produk dan perkhidmatan baru.
Mengesan, mendokumen dan menilai penyertaan dalam latihan, mesyuarat dan acara Amway;
Mencegah dan melindungi anda, kami dan orang lain daripada penipuan, urus niaga tanpa kebenaran, tuntutan dan tanggungan lain;
Memastikan pematuhan dasar syarikat dan standard industri; dan
Memproses data peribadi untuk tujuaan pentadbiran dalaman.


Cara Kami Menggunakan Data Peribadi berkaitan dengan APC yang Kami Kumpul

Kami hanya memproses data peribadi anda setakat yang diperlukan:

(i) Untuk pelaksanaan perjanjian dengan kami atau untuk mengambil langkah-langkah atas permintaan anda sebelum mengikat perjanjian dengan kami, termasuk untuk:
Mengurus hubungan anda dengan kami sebagai APC dari awal pendaftaran dan sepanjang masa anda sebagai APC, serta sebarang pada status anda (cth. menjadi ABO);
Mencipta dan mengurus akaun anda;
Menangani ulasan atau pertanyaan anda;
Memproses pesanan produk atau perkhidmatan anda;
Memenuhi kewajipan kami untuk menyediakan sokongan perniagaan dan produk kepada anda;
Berkomunikasi dengan anda;
Berhubung dengan ABO jika anda memilih untuk berhubung dengan ABO (termasuk memberikan nama, alamat, nombot telefon atau alamat e-mel, pembelian, dan sejarah pembelian anda kepada ABO anda);
Melaksanakan aktiviti perakaunan, pengauditan, bil dan kutipan; dan
Menguatkuasakan terma dan syarat kontraktual.

(ii)

Untuk mematuhi tanggungjawab undang-undang kami, termasuk untuk:
Mematuhi undang-undang yang menghendaki kami menyimpan rekod; dan
Mematuhi mana-mana undang-undang lain yang terpakai kepada kami.

(iii)

Untuk tujuan kepentingan sah kami, termasuk untuk:
Mengendali, menilai dan menambah baik produk, perniagaan dan perkhidmatan kami, termasuk dengan:
- Menjejaki dan menganalisis penggunaan produk, bahan, dan/atau perkhidmatan oleh anda;
- Menyahkenal pasti data peribadi anda untuk melaksanakan analisis ke atas maklumat yang tidak mengenali anda; dan
- Membangunkan produk dan perkhidmatan baru;
Mengesan, mendokumen dan menilai penyertaan dalam latihan, mesyuarat dan acara Amway;
Mencegah dan melindungi anda, kami dan orang lain daripada penipuan, urus niaga tanpa kebenaran, tuntutan dan tanggungan lain;
Memastikan pematuhan dasar syarikat dan standard industri; dan
Memproses data peribadi untuk tujuaan pentadbiran dalaman.


Cara Kami Menggunakan Data Peribadi berkaitan dengan Pelawat Laman Web yang Kami Kumpul

Kami hanya memproses data peribadi anda setakat yang diperlukan:

(i) Untuk pelaksanaan perjanjian dengan kami atau untuk mengambil langkah-langkah atas permintaan anda sebelum mengikat perjanjian dengan kami;

(ii)

Untuk mematuhi tanggungjawab undang-undang kami, termasuk untuk:
Mematuhi undang-undang yang menghendaki kami menyimpan rekod; dan
Mematuhi mana-mana undang-undang lain yang terpakai ke atas kami.

(iii)

(iii) Untuk tujuan kepentingan sah kami, termasuk untuk:
Menangani ulasan atau pertanyaan anda;
Berkomunikasi dengan anda;
Mengendali, menilai dan menambah baik produk, perniagaan dan perkhidmatan kami, termasuk dengan:
- Menjejaki dan menganalisis penggunaan perkhidmatan kami oleh anda;
- Menyahkenal pasti data peribadi anda untuk melaksanakan analisis ke atas maklumat yang tidak mengenali anda; dan
- Menambah baik perkhidmatan kami;
Mencegah dan melindungi anda, kami dan orang lain daripada penipuan, urus niaga tanpa kebenaran, tuntutan dan tanggungan lain;
Memastikan pematuhan dasar syarikat dan standard industri; dan
Memproses data peribadi untuk tujuaan pentadbiran dalaman.


Apabila kami memproses data peribadi anda untuk tujuan ini, kami telah mengimbangi dengan teliti kepentingan sah organisasi kami terhadap hak perlindungan data anda. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi kami di PrivacyOffice@amway.com


Cara Kami Berkongsi Data Peribadi

Kami berkongsi data peribadi anda dengan pengawal lain:

Amway International Inc.;
ABO anda, atau ABO lain dalam Barisan Penajaan (ataupun dikenali sebagai Line of Sponsorship/LOS) yang sama agar dapat menyokong perniagaan anda dengan Amway;
Pembekal perkhidmatan kewangan dan pembayaran;
Pembekal logistik;
Pihak berkuasa kerajaan atau pihak ketiga lain, jika dikehendaki atau sebaliknya dibenarkan oleh undang-undang atau secara munasabah perlu untuk melindungi hak, kepentingan undang-undang, harta atau keselamatan anda, orang lain atau kami sendiri.


Kami berkongsi data peribadi anda dengan pemproses:

Penyedia penyelesaian infrastruktur atau platform atau perisian-sebagai-perkhidmatan, perkhidmatan pembangunan perisian, perkhidmatan penyelenggaraan sistem maklumat, perkhidmatan sokongan pengguna sistem maklumat, perkhidmatan pengurusan rekod, perkhidmatan perakaunan, perkhidmatan rantaian bekalan, sokongan jualan atau perkhidmatan pemasaran;
Entiti Amway yang berkaitan di seluruh dunia, yang kepadanya adalah perlu atau wajar bagi Amway untuk mendedahkan data peribadi.


Jika kami perlu berkongsi data peribadi tentang anda, kami akan memastikan terdapat asas undang-undang yang sah untuk berbuat demikian (cth., persetujuan anda) dan melaksanakan langkah-langkah untuk memastikan perlindungan hak perlindungan data anda.


AMWAY TIDAK MENJUAL, MENYEWA ATAU MENDAGANGKAN DATA PERIBADI ANDA

Pemindahan Data Antarabangsa

Kami memindahkan data peribadi yang kami kumpul mengenai anda kepada entiti dalam organisasi Amway serta pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang memproses data peribadi bagi pihak kami. Sesetengah syarikat dan pembekal perkhidmatan berkenaan berada di negara selain daripada negara yang data berkenaan pada asalnya dikumpul. Undang-undang di negara berkenaan mungkin tidak mempunyai tahap perlindungan data yang sama dengan negara di mana anda mula-mula memberikan data itu. Apabila kami memindahkan data peribadi anda ke negara lain, kami akan melindungi data berkenaan sebagaimana dijelaskan dalam Notis Privasi ini dan berdasarkan undang-undang yang terpakai.

Untuk data peribadi yang berasal daripada EEA yang dipindahkan ke negara yang tidak diiktiraf oleh Suruhanjaya Eropah kerana memberikan tahap perlindungan data yang mencukupi, kami telah menyediakan perlindungan kontrak (berdasarkan Klausa Kontraktual Standard Suruhanjaya Eropah untuk pemindahan data di luar EEA) atau bergantung pada mekanisme perundangan yang setara bagi memastikan data peribadi anda kekal dilindungi. Untuk maklumat lanjut berhubung perlindungan yang telah kami sediakan untuk melindungi data peribadi anda semasa dipindahkan ke luar EEA (termasuk cara untuk mendapatkan salinan atau merujuk perlindungan ini), sila hubungi kami di PrivacyOffice@amway.com


Cara Kami Melindungi Data Peribadi

Kami menyelenggara perlindungan keselamatan teknikal dan organisasi bersesuaian yang direka bentuk untuk melindungi data peribadi yang kami proses daripada kemusnahan, kehilangan, pindaan, akses, pendedahan atau penggunaan yang tidak disengajakan, menyalahi undang-undang atau tidak dibenarkan.


Tempoh Kami Menyimpan Data Peribadi

Kami menyimpan data peribadi selama mana difikirkan perlu untuk memenuhi tujuan kami mengumpul data (lihat atas di bawah “Cara Kami Menggunakan Data Peribadi yang Kami Kumpul”), kecuali jika dikehendaki atau sebaliknya dibenarkan oleh undang-undang. Sila hubungi kami menggunakan butiran perhubungan kami yang disediakan di bawah jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berhubung amalan penyimpanan data kami.


Kemas kini Dasar Privasi Ini

Amway boleh mengemas kini Notis Privasi dari semasa ke semasa. Kami akan memaklumkan anda sebarang pindaan penting kepada Notis Privasi ini di laman web Amway yang berkenaan, dalam penerbitan rasmi Amway, atau melalui saluran komunikasi lain yang bersesuaian. Semua perubahan akan berkuat kuasa mulai tarikh penerbitan, melainkan sebaliknya disediakan dalam pemberitahuan.


Hak Anda

Tertakluk kepada peruntukan perundangan yang relevan, anda mempunyai hak perlindungan data berikut:

Hak untuk mengakses
Anda berhak untuk memperoleh pengesahan sama ada data peribadi anda diproses atau tidak dan dalam hal ini, akses kepada data peribadi tersebut. Anda juga berhak untuk meminta kami sesalinan data peribadi anda.
Hak untuk pembetulan
Anda berhak untuk meminta kami membetulkan data peribadi anda yang anda fikir tidak tepat. Anda juga berhak untuk meminta kami melengkapkan data yang anda fikir tidak lengkap. Hak ini sentiasa terpakai.
Hak untuk memadam
Ini juga dikenali sebagai ‘hak untuk dilupakan’ dan dalam erti kata mudah, membolehkan anda meminta pemadaman atau pengalihan keluar data anda jika tiada alasan yang mendesak bagi kami terus menggunakan data tersebut. Ini bukanlah satu hak umum untuk pemadaman; terdapat pengecualian, mis. jika kami mempunyai tanggungjawab undang-undang untuk menyimpan data anda.
Hak untuk mengehadkan pemprosesan
Anda berhak untuk meminta kami mengehadkan pemprosesan data peribadi anda dalam keadaan tertentu.
Hak untuk kemudahalihan data
Hak ini hanya terpakai kepada data peribadi yang anda telah berikan kepada kami. Anda berhak untuk meminta agar kami memindahkan data yang anda berikan kepada kami kepada organisasi lain atau memberikan data itu kepada anda.
Hak untuk menarik balik kebenaran
Jika anda telah memberikan kebenaran kepada kami untuk memproses data peribadi anda, anda berhak untuk menarik balik kebenaran anda pada bila-bila masa. Ini tidak akan mempengaruhi kesahihan pemprosesan tersebut yang telah dilaksanakan berdasarkan persetujuan anda sebelum penarikan balik.
Hak untuk membantah
Apabila kami memproses data peribadi anda untuk tujuan melaksanakan kepentingan kami yang sah, anda berhak untuk membantah pemprosesan sedemikian pada bila-bila masa. Jika anda membantah, kami akan menghentikan pemprosesan melainkan kami mempunyai alasan yang kukuh dan sah untuk terus menggunakan data anda.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai mana-mana hak ini, sila hubungi kami di PrivacyOffice@amway.com
Hak untuk membuat aduan
Jika anda mempunyai masalah mengenai cara kami mengendalikan atau memproses data peribadi anda, sila hubungi Pejabat Privasi (butiran perhubungan di bawah) yang akan menyiasat perkara ini dan melaporkan kembali kepada anda. Jika anda masih tidak berpuas hati dengan maklum balas kami, bergantung pada undang-undang di negara yang anda tinggal atau bekerja, anda mungkin berhak untuk mengadu kepada pengawal selia perlindungan data.


Cara untuk Menghubungi Kami

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Notis Privasi ini, jika anda ingin mengemas kini maklumat yang kami ada mengenai anda, atau jika anda ingin melaksanakan hak perlindungan data anda, anda boleh hubungi syarikat gabungan tempatan anda melalui melalui e-mel ke:

Malaysia & Brunei: myhelpdesk@amway.com
Singapore: sghelpdesk@amway.com
Pejabat Privasi Kami: PrivacyOffice@amway.com